Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ekspo Belia jadi platform pendedahan dan jaringan belia di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Ekspo Belia jadi platform pendedahan dan jaringan belia di Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Gerald Rentap Jabu berucap pada majlis perasmian Ekspo Belia sempena Minggu Belia Sarawak 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Ekspo Belia menjadi wadah penting untuk memberi pendedahan kepada golongan belia, sekali gus mempersiapkan mereka menghadapi industri di Bintulu, bandar yang menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan), Dato Gerald Rentap Jabu berkata, penganjuran ekspo itu memberi peluang kepada belia memperoleh pendedahan praktikal terhadap industri tempatan dan membina kemahiran keusahawanan.

“Melalui program seperti ‘Youth Expo’, belia dapat melihat peluang pekerjaan, berinteraksi dengan syarikat tempatan dan mempersiapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Belia sempena Minggu Belia Sarawak 2025 di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Ekspo Belia itu menampilkan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, syarikat berpangkalan di Bintulu dan institusi pengajian tinggi di bawah Yayasan Sarawak, yang menawarkan 64 kursus percuma bermula tahun depan.

DATUK Gerald Rentap Jabu menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Ideathon sempena Ekspo Belia di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Tambah beliau, penganjuran ekspo seumpama itu juga menyediakan ruang kepada belia untuk membina jaringan profesional, berkongsi idea melalui pertandingan Ideathon dan memupuk semangat inovasi yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak khususnya Bintulu.

“Kita mahu belia bukan sahaja bersedia menghadapi cabaran industri, tetapi juga menjadi tenaga kerja dan usahawan yang mampu memperkukuh ekonomi negeri.

“Bintulu menawarkan peluang strategik untuk semua itu,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Bintulu sebagai hab ekonomi utama membuka laluan kepada belia untuk menyertai sektor strategik dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan negeri.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Pusat Khidmat N39 Krian dan PDP Krian hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir
Next: Ibubapa benteng elak anak terjebak masalah sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.