Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mahkamah Adat di peringkat akhir naik taraf – Abang Johari
  • TEMPATAN

Mahkamah Adat di peringkat akhir naik taraf – Abang Johari

Utusan Sarawak 2 days ago

KUCHING: Kajian bagi menambah baik dan menaik taraf Mahkamah Adat atau Mahkamah Bumiputera kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu sedang diperhalusi dalam beberapa aspek penting.

“Ini bagi memastikan struktur baharu mahkamah itu menepati lunas undang-undang moden tanpa mengetepikan nilai dan prinsip adat masyarakat peribumi.

“Ia kini di peringkat perbincangan akhir dan sedang mengambil kira beberapa aspek yang perlu diperhalusi dalam usaha mengangkat (taraf) Mahkamah Bumiputera. 

“Yang penting ialah pembaharuan ini dilaksanakan mengikut lunas undang-undang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Rakyat Sarawak (PRS) 2025, di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, model perundangan dari negara seperti New Zealand dan Kanada turut dijadikan rujukan dalam membentuk rangka kerja perundangan baharu yang sesuai untuk Sarawak.

“Kita telah menghantar pegawai bagi mengkaji sistem perundangan di negara-negara tersebut supaya pelaksanaannya sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, hakim-hakim yang bakal mengendalikan Mahkamah Adat kelak juga akan dilatih secara formal melalui fakulti undang-undang bagi memastikan mereka memahami kedua-dua aspek undang-undang adat dan sivil.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut mengumumkan rancangan pembangunan infrastruktur baharu yang bakal memperkukuh jaringan pengangkutan di kawasan pedalaman dan utara Sarawak.

“Kita akan membangunkan jalan raya dari Marudi ke Long Terawan dan seterusnya ke Mulu. Jalan ini juga akan menghubungkan kawasan utara termasuk Lawas dan Limbang,” katanya.

Beliau berkata projek sepanjang 300 kilometer itu dijangka bermula tahun depan dan siap dalam tempoh empat hingga lima tahun.

Katanya, laluan berkenaan bukan sahaja membuka akses kepada kawasan pedalaman Baram, malah juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu berasaskan karbon, selaras dengan usaha kerajaan menjadikan Sarawak sebagai ‘carbon sink’ di rantau ini.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Presiden PRS agar lebih ramai wanita diberi ruang dalam politik negeri, Abang Johari menyambut baik saranan tersebut selaras dengan dasar Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memperkukuh penyertaan wanita.

“Dalam semangat GPS, kita memang menggalakkan lebih ramai wanita diketengahkan. Dasar kita jelas, iaitu memberi peluang dan menambah penyertaan wanita dalam kepimpinan,” tegasnya.

Oleh ADELE RISSA 

Continue Reading

Previous: Punca kebakaran Rumah Baruk litar pintas, kerugian RM2 juta bakal dibina semula
Next: JPJ Sarawak anjur Mesyuarat Pengurusan, perkukuh penyampaian perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.