Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 33,651 peserta meriahkan Hari Sukan Negara 2025 di Sarikei
  • SUKAN

33,651 peserta meriahkan Hari Sukan Negara 2025 di Sarikei

Utusan Sarawak 2 days ago
PELEPASAN PESERTA… Pengasas jenama pakaian sukan XCRiiM Leslie Lau, Pemanca Chan Phan Chan dan Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin melakukan pelepasan peserta Larian XCRiiM 3KM.

SARIKEI: Seramai 33,651 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025 di Bahagian Sarikei.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata penyertaan besar itu mencerminkan komitmen masyarakat Bahagian Sarikei dalam mendukung usaha kerajaan untuk membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian.

“Saya difahamkan Bahagian Sarikei telah mencapai penyertaan melebihi sasaran iaitu seramai 33,651 peserta dan ini membuktikan sokongan padu masyarakat terhadap budaya bersukan.

“Sambutan Hari Sukan Negara yang dianjurkan setiap Oktober sejak 2015 merupakan platform penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang rakyatnya aktif, sihat dan sejahtera,” katanya. 

SENAMROBIK…. Pemanca Chan Phan Chan (dua kanan) bersenam bersama para peserta Mass Fit Aerobic.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya iaitu Pemanca Chan Phan Chan di Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Sarikei bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, hari ini. 

Katanya, sambutan HSN adalah usaha berterusan untuk merealisasikan aspirasi kerajaan menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang membudayakan sukan dalam kehidupan seharian, sejajar dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030. 

GIMIK PERASMIAN… Pemanca Chan Phan Chan selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii melakukan gimik perasmian Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Sarikei.

“Tema ‘Malaysia Aktif’ bagi sambutan tahun ini amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai budaya hidup masyarakat di semua peringkat.

“Sukan menyatukan kita tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang. 

“Di padang dan gelanggang, semua peserta berjuang dengan semangat yang sama iaitu semangat untuk berusaha, semangat untuk menang dengan cara yang terhormat dan semangat untuk menghormati lawan,” katanya.

MERIAH…. Acara Mass Fit Aerobic mendapat sambutan meriah dari para peserta.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan tenaga dalam menjayakan penganjuran HSN di Sarikei.

“Sumbangan anda semua menjadikan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Sarikei ini meriah, bermakna dan berjaya mencapai objektifnya. 

“Marilah kita teruskan budaya bersukan agar masyarakat kita terus sihat, produktif dan harmoni,” katanya. 

Turut hadir Timbalan Residen Sarikei yang juga Pengerusi Penganjuran Sambutan HSN Bahagian Sarikei, Badjuri Bidin; Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Mohd Johari Abdullah dan pengasas jenama pakaian sukan XCRiiM dan penaja XCRiiM Run Sarikei, Leslie Lau.

Oleh Earl Anek 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Amorim mahu United tunjuk rasa mendesak 
Next: 2,000 sertai sambutan Hari Sukan Negara 2025 di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.