Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia diunjur kekal dalam keadaan tidak banyak berubah minggu depan
  • BISNES

Bursa Malaysia diunjur kekal dalam keadaan tidak banyak berubah minggu depan

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUALA LUMPUR: Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal dalam keadaan tidak banyak berubah minggu depan berikutan pelabur terus berwaspada ketika peningkatan ketidaktentuan pasaran serta kebimbangan yang berlarutan mengenai perdagangan global.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau terutama China dan Hong Kong menunjukkan penyusutan ketara minggu ini akibat ketegangan perdagangan antara Beijing dan Washington yang masih berlarutan sekali gus menjejaskan keseluruhan sentimen di Asia.

“Data ekonomi utama yang perlu diberikan perhatian pada minggu depan termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga China, Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat bagi September, dan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) zon Euro bagi Oktober,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata walaupun sentimen pasaran adalah berhati-hati, aktiviti belian saham pada harga rendah terpilih dijangka berlaku terutama melibatkan saham mewah dan saham bernilai yang terlebih jual.

“Buat masa ini, mengekalkan FBM KLCI melepasi paras 1,600 mata penting untuk menjaga struktur trend meningkat dalam jangka pendek serta memelihara keyakinan pelabur,” katanya sambil memaklumkan indeks petunjuk pasaran itu dijangka bergerak dalam julat antara 1,600 hingga 1,620 mata minggu depan.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI menyusut 15.07 mata kepada 1,607.18 daripada 1,622.25 minggu lepas.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 126.40 mata kepada 12,004.91, Indeks FBMT 100 rendah 111.86 mata kepada 11,742.02, Indeks FBM ACE susut 19.87 mata kepada 5,278.89, Indeks FBM 70 berkurangan 169.58 mata kepada 17,007.94, dan Indeks FBM Emas Shariah menyusut 141.70 mata kepada 12,057.27.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 30.09 mata kepada 7,860.86, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 3.81 mata kepada 171.05, Indeks Tenaga rendah 10.07 mata kepada 788.93, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 191.00 mata kepada 18,192.44.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 18.78 bilion unit bernilai RM16.18 bilion berbanding 18.81 bilion unit bernilai RM14.76 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 10.80 bilion unit bernilai RM14.53 bilion daripada 10.06 bilion unit bernilai RM12.91 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran susut kepada 5.39 bilion unit bernilai RM641.92 juta berbanding 6.07 bilion unit bernilai RM810.65 juta pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 2.58 bilion unit bernilai RM992.03 juta berbanding 2.68 bilion unit bernilai RM1.04 bilion sebelumnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan susulan stok lebih tinggi
Next: Petronas Carigali pacu strategi aset bernilai tinggi, teroka kawasan baharu berpotensi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.