Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU rancang pameran seni berskala besar
  • TEMPATAN

DBKU rancang pameran seni berskala besar

Utusan Sarawak 1 day ago
UCAPAN… Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman menyampaikan ucapan ketika merasmikan Pameran Seni Tahunan ke-40 Persatuan Pelukis Sarawak di Westbury Galleria, semalam. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang untuk menganjurkan sebuah pameran seni berskala besar sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching tahun hadapan.

Usaha ini bertujuan memperkukuh peranan seni dan warisan budaya sebagai nadi pembangunan bandar raya ini, selaras dengan aspirasi menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar yang beridentiti dan berdaya saing.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, pameran itu dijangka melibatkan kolaborasi antara DBKU, Persatuan Pelukis Sarawak dan komuniti seni tempatan lain bagi menampilkan karya kreatif yang mencerminkan keunikan warisan dan identiti bandar raya Kuching.

“Menjadi aspirasi kami untuk bekerjasama dengan Persatuan Pelukis Sarawak bagi menganjurkan pameran seni berskala besar sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching 2026.”

“Ia akan menjadi peluang terbaik mempamerkan kepelbagaian dan bakat luar biasa artis tempatan kita,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Seni Tahunan ke-40 Persatuan Pelukis Sarawak bertemakan ‘Warisan Dijana Semula’ di Westbury Galleria, semalam.

DATO Hilmy Othman (tengah) mengunjungi ruang pameran sambil diberi penerangan oleh Presiden Persatuan Pelukis Sarawak (SAS), Sebastian Jong (kanan) sempena Pameran Seni Tahunan ke-40 di Westbury Galleria, Kuching, semalam. Foto Adele Rissa 

Menurut beliau, penganjuran acara seumpama itu dapat memperkayakan landskap budaya bandar raya ini selain membuka lebih banyak ruang untuk generasi muda terlibat dalam bidang kreatif.

Hilmy turut menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Pelukis Sarawak atas sumbangan mereka sepanjang empat dekad dalam memupuk bakat tempatan dan menggalakkan pertukaran budaya antara komuniti.

Beliau berkata, Kuching yang diiktiraf sebagai Bandar Kraf Majlis Kraf Dunia sejak 2019 kini menjadi hab penting yang menggabungkan tradisi, kreativiti dan inovasi dalam seni kraf tangan serta warisan budaya.

Beliau turut berkongsi beberapa inisiatif DBKU yang telah dijalankan bagi menyokong aktiviti seni tempatan, termasuk Pameran Solo Lukisan Kuching oleh Jaja Yusof di Galeri Muzium Kuching DBKU, Pameran Seni Islam oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) serta pameran Mujarad Alam Borneo oleh Azrian Ali di Arkadia Gallery.

“DBKU juga akan terus menyokong penganjuran pameran dan festival seni bagi memastikan bandar raya Kuching kekal sebagai pusat budaya yang progresif dan inklusif,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa usaha berterusan itu penting untuk memperkukuh peranan seni sebagai jambatan yang menyatukan komuniti, memelihara warisan serta memperindah pembangunan bandar raya Kuching.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perkasa fitrah insan dan integriti, semai budaya anti rasuah warga JPJ Sarawak
Next: Empat dekad berkarya, SAS kekal aktif perkasa seni visual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.