Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan miliki senapang buatan sendiri dalam Op Laras di Betong 
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan miliki senapang buatan sendiri dalam Op Laras di Betong 

Utusan Sarawak 1 day ago
DUA lelaki tempatan ditahan polis dan turut merampas dua laras senapang patah serta peluru penabur dalam operasi ‘Op Laras’ yang dijalankan awal pagi tadi di sekitar Daerah Betong. Foto: IPD Betong

BETONG: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas beberapa senjata api buatan sendiri termasuk dua laras senapang patah serta peluru penabur dalam satu operasi khas dinamakan ‘Op Laras’ yang dijalankan awal pagi tadi di sekitar Daerah Betong.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong berkata operasi tersebut dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong sekitar 1.00 pagi.

“Hasil operasi, polis menahan dua suspek lelaki tempatan masing-masing berumur 16 dan 51 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemukan dua laras senapang patah (bakakok) buatan sendiri, satu laras senapang angin buatan sendiri, serta 27 butir peluru penabur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rejali, kedua-dua suspek gagal mengemukakan lesen pemilikan senjata api yang sah dan kini direman selama empat hari hingga 21 Oktober ini bagi membantu siasatan.

POLIS merampas dua laras senapang patah (bakakok) buatan sendiri, satu laras senapang angin buatan sendiri, serta 27 butir peluru penabur. Foto: IPD Betong

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda hingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif,” jelas beliau.

Rejali turut menegaskan bahawa memiliki senjata api atau amunisi tanpa lesen sah merupakan satu kesalahan jenayah serius dan boleh mengundang tindakan tegas pihak berkuasa.

Beliau turut menggesa orang ramai, khususnya masyarakat di Betong, agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada polis bagi membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan awam.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SEB bongkar kegiatan curi elektrik perlombongan kripto di Sibu
Next: Bekas Naib Canselor USM cedera disamun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.