Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki cedera parah dipukul di Jalan Rantau Panjang, seorang suspek ditahan
  • JENAYAH

Lelaki cedera parah dipukul di Jalan Rantau Panjang, seorang suspek ditahan

Utusan Sarawak 7 days ago
KETUA Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Lelaki mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul dalam kejadian yang berlaku di tepi Jalan Rantau Panjang.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

“Berhubung kejadian ini, seorang suspek warga tempatan berumur 47 tahun telah ditangkap dan akan direman di Mahkamah Sibu bagi membantu siasatan pihak polis. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan, iaitu kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun, dan juga boleh dikenakan denda,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video berkenaan kerana tindakan tersebut boleh mengganggu proses siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Sibu di talian 084-336144, pegawai penyiasat ASP Mohd Adzmei Ahmad di talian 019-7192529, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah terkesan satu hantaran video yang tular di media sosial memaparkan kejadian lelaki terbaring di atas jalan dan dipercayai telah dipukul oleh beberapa individu. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan tepi Jalan Rantau Panjang.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes tikam: Suspek hanya diketahui ada masalah pembelajaran bukan mental
Next: Operasi Bersepadu Khazanah catat rampasan RM204 juta, 444 kes penyeludupan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.