
DARO: Seekor anak buaya sepanjang dua meter yang tersangkut pada pukat nelayan di Sungai Kampung Masjid, di sini, berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daro hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Daro, Leftenan (PA) Ra’idah Jomi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi tindakan lanjut.
“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati seekor anak buaya tersangkut pada pukat milik pengadu.


Seekor anak buaya sepanjang dua meter berjaya ditangkap pasukan APM Daro hari ini. Facebook APM Daro
“Pasukan APM kemudian menggunakan penyepit dan penjerut untuk menangkap reptilia berkenaan.
“Operasi berjalan lancar dan keadaan di lokasi terkawal sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.


Seekor anak buaya sepanjang dua meter berjaya ditangkap pasukan APM Daro hari ini. Facebook APM Daro
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berhampiran sungai serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terserempak dengan haiwan liar berbahaya.