Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelajar perempuan maut ditikam di Petaling Jaya
  • JENAYAH

Pelajar perempuan maut ditikam di Petaling Jaya

Utusan Sarawak 11 hours ago

POLIS menemukan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tikaman yang menyebabkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut di sebuah sekolah di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat, berkata mangsa ditemukan berdekatan kawasan tandas sekolah dengan beberapa kesan tikaman pada badan, manakala suspek — seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun dari sekolah sama — telah ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi. 

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan akan dikongsi oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Anti Buli di sini hari ini.

Terdahulu, media memetik sumber melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Petaling Jaya maut disyaki ditikam seorang pelajar lain pagi tadi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Successes of PGA various Ops
Next: Pelajar mati ditikam, polis jumpa dua senjata tajam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.