Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelepasan khas cukai galak rakyat bercuti dalam negara – PM Anwar
  • NASIONAL

Pelepasan khas cukai galak rakyat bercuti dalam negara – PM Anwar

Utusan Sarawak 17 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM1,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 adalah antara usaha kerajaan bagi menggalakkan rakyat melancong di dalam negara bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu bukan sahaja mampu merancakkan sektor pelancongan domestik, malah turut menjana ekonomi masyarakat setempat.

Pada masa sama, beliau berkata inisiatif itu dapat mengimbangi semula trend pelancongan ke luar negara yang meningkat susulan pengukuhan nilai ringgit.

“Disebabkan mengukuhnya ringgit, ada juga masalah sampingannya apabila semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara seperti Thailand, Jepun dan Indonesia. Justeru, kita menambah langkah untuk menarik pelancongan domestik dengan memberikan pengecualian cukai RM1,000 untuk dibelanjakan di dalam negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai kebanjiran hampir 200,000 rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand dan membelanjakan kira-kira RM50 juta di negara itu baru-baru ini. 

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan melahirkan kebimbangan terhadap kadar kos pelancongan domestik yang tinggi, termasuk harga penginapan dan makanan di destinasi popular seperti Langkawi. 

Beliau berkata perkara itu sedang diteliti hasil perbincangan antara Menteri Kewangan II dengan Menteri Besar Kedah bagi mencari jalan menangani isu berkenaan.

“Apabila dibuat perbandingan antara Langkawi dengan Phuket, Thailand, keindahan Langkawi itu mengatasi (negara jiran) kerana lebih bersih dan semula jadi, tetapi yang jadi masalahnya ialah kos tinggi dan kita harus meneliti masalah itu,” kata beliau.

Mengenai usaha promosi TMM2026, Perdana Menteri berkata 70 peratus pendekatan akan dilaksanakan secara digital manakala 30 peratus lagi secara konvensional.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut mengadakan sesi libat urus bersama-sama pemain industri termasuk syarikat penerbangan bagi menambah kekerapan penerbangan, kata Anwar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama pelancongan dan ekonomi Islam seiring dengan pengiktirafan global terhadap kekuatan negara dalam bidang kewangan dan pelancongan patuh syariah.

“Enam negara Islam telah mencadangkan supaya Malaysia mengetuai usaha untuk meningkatkan program, instrumen kewangan Islam dan ekonomi serta mengintegrasikannya dengan pelancongan.

“Saya setuju perkara ini diteliti dan saya akan minta MOTAC memberikan keutamaan kepada pembangunan program pelancongan yang lebih mesra Muslim, iaitu mesra keluarga, bebas daripada unsur haram atau syubhah,” kata beliau.

Anwar turut memaklumkan bahawa beberapa negara Islam seperti Turkiye dan Qatar turut melaksanakan program pelancongan Islamik, khusus bagi menarik pelancong.- Bernama

Continue Reading

Previous: Cukai korbon bukti komitmen kerajaan tangani perubahan iklim
Next: Pegawai penguat kuasa JPJ guna alat perakam badan mulai November – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.