Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lambang penyatuan dan kesepakatan dalam era maklumat tanpa sempadan
  • WILAYAH

Lambang penyatuan dan kesepakatan dalam era maklumat tanpa sempadan

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Majlis Pertunjukan Kebudayaan Pesta Kuih Bulan 2025 anjuran Persatuan Buddhist Sri Aman di Bandar Simanggang, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pesta Kuih Bulan bukan sekadar perayaan tradisional masyarakat Cina, tetapi turut membawa mesej mendalam tentang perpaduan dan kesepakatan rakyat dalam menentang kezaliman serta mengangkat nilai kebaikan dalam masyarakat moden.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata Pesta Kuih Bulan yang berakar daripada kisah kejatuhan Dinasti Yuan dan kebangkitan Dinasti Ming adalah simbol keberanian rakyat dalam menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

“Hari ini, pesta ini membawa makna baharu sebagai simbol penyatuan masyarakat dan kesepakatan dalam menolak perkara tidak baik yang boleh menggugat keharmonian, terutama dalam era informasi tanpa sempadan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pertunjukan Kebudayaan Pesta Kuih Bulan 2025 anjuran Persatuan Buddhist Sri Aman di Bandar Simanggang, semalam.

DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Majlis Pertunjukan Kebudayaan Pesta Kuih Bulan 2025 anjuran Persatuan Buddhist Sri Aman di Bandar Simanggang, malam semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Persatuan Buddhist Sri Aman atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya. 

Katanya, kejayaan sedemikian tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat dalam kalangan jawatankuasa penganjur dan komuniti setempat.

“Usaha seperti ini bukan sahaja menghidupkan warisan budaya, tetapi juga memberi ruang kepada generasi muda menonjolkan bakat dan semangat perpaduan menerusi persembahan kebudayaan,” tambahnya.

Harden turut menegaskan kepentingan mengekalkan sambutan budaya seperti ini agar tidak luput ditelan zaman serta mampu mendidik generasi baharu tentang nilai sejarah, tradisi dan perpaduan masyarakat majmuk.

DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Majlis Pertunjukan Kebudayaan Pesta Kuih Bulan 2025 anjuran Persatuan Buddhist Sri Aman di Bandar Simanggang, malam semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Buddhist Sri Aman, Foo Chin Sui dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Harden atas kehadiran dan sokongan beliau yang disifatkan sebagai lambang keprihatinan terhadap usaha memartabatkan budaya dalam kalangan generasi muda.

Beliau turut menegaskan bahawa aktiviti kebudayaan sebegini bukan sahaja memupuk minat terhadap seni tradisional, tetapi juga memperkasa daya kreativiti dan kecergasan fizikal peserta.

Sebagai tanda sokongan, beliau turut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Buddhist Sri Aman bagi membiayai aktiviti serta program komuniti termasuk khidmat kaunseling kerohanian kepada masyarakat sekeliling.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian tradisional oleh kanak-kanak serta remaja daripada Persatuan Buddhist Sri Aman yang mempersembahkan pelbagai elemen budaya Cina klasik dan moden.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Temenggong Kueh Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua, Pemanca Denneil Saweng, Kapitan Chin Chong Miaw, Kapitan Ling Siew Hung, Kaunselor Dilang Jungai, Kaunselor Chin Li Li, dan Kaunselor Jacylin Goh Boon Fay.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Sri Aman laksana pemantauan banjir di Munggu Ridan
Next: APM bantu pengangkutan murid asrama SK Nanga Kesit turun sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.