Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 35 PATI warga Indonesia ditahan operasi imigresen di Bintulu
  • JENAYAH

35 PATI warga Indonesia ditahan operasi imigresen di Bintulu

Utusan Sarawak 8 hours ago
PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu JIM Sarawak di sekitar Bintulu hari ini. Foto JIM Sarawak

BINTULU: Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sekitar kawasan ini, awal pagi tadi.

Operasi yang dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Bahagian Bintulu, Sri Aman dan Sarikei dengan koordinasi Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) itu melibatkan 24 pegawai penguat kuasa.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, operasi pertama dijalankan di Kuala Nyalau sekitar 1.50 pagi dan berjaya menahan 19 individu yang terdiri daripada 16 lelaki dan tiga wanita, ditemui di rumah kongsi.

Pemeriksaan susulan di kawasan Woodland Height sekitar 3.45 pagi, membawa kepada penahanan 16 lagi individu iaitu 15 lelaki dan seorang wanita.

“Kesemua mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” kata kenyataannya hari ini.

PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu JIM Sarawak di sekitar Bintulu hari ini. Foto JIM Sarawak

Kesemua tahanan seterusnya dibawa ke Pejabat Imigresen Bintulu untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen bagi tindakan lanjut.

JIM Sarawak menegaskan bahawa operasi bersepadu akan diteruskan secara berkala bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

“Pihak kami sentiasa mengambil tindakan tegas dan memberikan usaha terbaik dalam membanteras PATI demi menjamin keselamatan dan ketenteraman Sarawak,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Do not speed on the road
Next: Banks must strengthen security measures to protect consumers from online scams

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.