Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas bomba berjaya sekat api merebak ke rumah tradisional lain
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas bomba berjaya sekat api merebak ke rumah tradisional lain

Utusan Sarawak 3 days ago
KEBAKARAN… Penguasa kanan bomba II Nik Muhammad Afiq Nik Roslan (tengah), Penolong Kanan Penguasa Bomba, Muhammad Mirza Miraj (kanan) dan Kapten (PA) Noor Fhakurulzee Abd Talib (kiri) ketika ditemui media pada kebakaran Rumah Baruk kaum Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak, musnah sepenuhnya dalam kejadian malam tadi. Foto Shahrul Qaizat

SANTUBONG: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke kawasan lain yang berdekatan selepas Rumah Baruk kaum Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, musnah sepenuhnya dalam kejadian malam tadi.

Menurut Penguasa kanan bomba II Nik Muhammad Afiq Nik Roslan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.31 malam, sebelum pasukan pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi sekitar 8.02 malam.

“Operasi pemadaman turut dibantu pasukan dari BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan, menjadikan keseluruhan kekuatan di lokasi seramai 27 anggota dan lima pegawai kanan.

“Kebakaran melibatkan struktur Rumah Baruk dengan keluasan kira-kira 1,130 meter persegi, dan keseluruhan rumah tersebut terbakar 100 peratus.

“Namun begitu, anggota kita berjaya membina sempadan api bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain, termasuk pentas utama yang berkeluasan 810 meter persegi, berjaya diselamatkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Beliau menambah, tiada sebarang mangsa dilaporkan terlibat memandangkan struktur bangunan tersebut kosong dan tidak berpenghuni.

“Pemadaman dijalankan secara defensif dari luar struktur menggunakan lima hos untuk membentuk sempadan bagi memadam dan menjalankan kerja overhaul.

“Struktur Rumah Baruk tersebut diperbuat 100 peratus daripada kayu, sekali gus mempercepatkan proses pembakaran sebaik api marak.

“Bangunan ini merupakan struktur warisan yang sudah lama, dan apabila terbakar, api mudah merebak pantas kerana bahan binaannya sepenuhnya daripada kayu,”jelasnya.

Dalam pada itu, sumber air bagi operasi pemadaman diperoleh daripada sistem bomba berhampiran, dengan kenderaan jentera penggerak utama turut dikerah sebagai langkah sokongan sekiranya diperlukan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pasukan forensik bomba,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Kampung Budaya masih beroperasi seperti biasa
Next: Lori musnah terbakar, tiada kecederaan dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.