Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 150 sukarelawan sertai NSJA bersihkan Pantai Brighton
  • Utara
  • WILAYAH

150 sukarelawan sertai NSJA bersihkan Pantai Brighton

Utusan Sarawak 1 week ago

TURUN PADANG… Antara peserta yang hadir menjayakan kempen pembersihan pantai anjuran NSJA dan MBM di Pantai Brighton, Miri.

MIRI: Lebih 150 sukarelawan daripada 14 organisasi turun padang menyertai kempen pembersihan pantai yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) di Pantai Brighton, hari ini.

Presiden NSJA, Chai Chon Chin, berkata program yang memasuki tahun kedua ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta memelihara keindahan pantai Miri.

“Menjaga alam sekitar bukan sekadar slogan, ia adalah tindakan dan cara hidup. Hari ini kita bukan sahaja membersihkan pantai, tetapi juga melindungi kebersihan alam sekitar untuk generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

TURUN PADANG… Antara peserta yang hadir menjayakan kempen pembersihan pantai anjuran NSJA dan MBM di Pantai Brighton, Miri.

Chai turut menyatakan bahawa NSJA berbangga dapat meneruskan penganjuran program berkonsepkan pemeliharaan alam sekitar ini dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Beliau juga menegaskan bahawa wartawan bukan hanya berperanan sebagai pemerhati, tetapi juga sebagai penyampai mesej dan penggerak perubahan sosial menerusi tindakan dan teladan positif.

TURUN PADANG… Antara peserta yang hadir menjayakan kempen pembersihan pantai anjuran NSJA dan MBM di Pantai Brighton, Miri.

“NSJA bukan hanya menumpukan kepada bidang media, tetapi juga menggalakkan ahlinya menyertai aktiviti kemasyarakatan yang membawa manfaat kepada komuniti,” tambahnya.

Turut hadir Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, Timbalan Datuk Bandar, Ariffin Mohamad, ahli-ahli majlis MBM, serta wakil agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Bersama Pelanggan perkukuh hubungan PDRM dan komuniti di Sibu
Next: 1,114 peserta DUN Nangka lulus lesen B2 menerusi program MyLesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.