Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kes dera kanak-kanak, dua beradik diberi perlindungan sementara JKM
  • SEMASA

Kes dera kanak-kanak, dua beradik diberi perlindungan sementara JKM

Utusan Sarawak 3 days ago
JELASKAN… Dato Sri Nancy Shukri ketika sidang media selepas Program Sejahtera Madani dan Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat Bahagian Kuching, di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

SANTUBONG: Dua anak kepada wanita yang dikaitkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong kini berada di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi tujuan perlindungan sementara.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan kedua-dua kanak-kanak berkenaan sementara siasatan polis terhadap kes tersebut dijalankan.

“Kita sudah ambil dua anak itu di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan dan pemantauan. 

“Pegawai kami juga sedang memberi kaunseling serta sokongan emosi kepada mereka dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sejahtera Madani dan Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat Bahagian Kuching di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, hari ini.

Nancy menegaskan kementeriannya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak polis dalam siasatan kes berkenaan dan memastikan semua prosedur perlindungan dijalankan mengikut undang-undang.

“Kita perlu dapatkan perintah mahkamah sebelum langkah seterusnya dibuat dan buat masa ini tumpuan kita ialah keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak itu,” tegasnya.

Beliau dalam masa sama menggesa masyarakat agar lebih peka terhadap sebarang tanda penderaan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tragis seumpama itu berulang.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 32 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Rampangi, Santubong, Selasa lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuching, Aida Montong, selepas membenarkan permohonan polis Sarawak.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai didera hingga mati, manakala suspek yang ditahan di Kampung Krian, Jalan Padawan mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dadah dan didapati positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 5,000 ibu tunggal bakal terima bantuan guaman tuntut nafkah
Next: Premier Sarawak saksikan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.