Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Belanjawan 2025: RM1 bilion diperuntuk bagi ikhtiar MADANI untuk rakyat
  • NASIONAL

Belanjawan 2025: RM1 bilion diperuntuk bagi ikhtiar MADANI untuk rakyat

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan bagi memperhebatkan pelaksanaan Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, dan menjelaskan bahawa hasil penjimatan melalui penyasaran subsidi telah memungkinkan pelaksanaan program tersebut.

Antara inisiatif utama ialah program Sejahtera Komuniti MADANI (Sejati MADANI) yang melibatkan jawatankuasa kampung menjalankan kegiatan ekonomi berdasarkan keperluan mereka sendiri dengan dana sehingga RM100,000.

“Sejati MADANI diperluas untuk melibatkan anak-anak muda dalam menambah pendapatan komuniti, seperti melalui program mesin layan diri atau sektor pertanian, khususnya sistem pengairan baja,” katanya dalam pembentangan bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat.

Anwar turut memaklumkan bahawa sejak 2024, lebih 9,500 aktiviti menambah pendapatan komuniti telah dijalankan. Antaranya, Kampung Sungai Protan di Perak yang menjana sehingga RM90,000 sebulan melalui projek kolam memancing, dan Kampung Sungai Gulang-Gulang di Selangor yang melalui projek semaian benih kelapa varieti Sungai Gulang-Gulang (SGG CN16) mampu menjana RM25,000 sebulan.Program ini juga meliputi Kampung Hiliran Jejawi di Terengganu yang mengusahakan produk santan, kelapa parut, dan kerisik dengan pendapatan bulanan sekitar RM40,000, manakala Kampung Abi di Perlis menjana pendapatan RM15,000 sebulan melalui perniagaan ketupat palas dan makanan sejuk beku.

Selain itu, Anwar berkata sasaran Kampung Angkat MADANI pada tahun hadapan akan ditingkatkan kepada 500 kampung, manakala Sekolah Angkat MADANI ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan badan swasta.

”Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya badan korporat yang turut terlibat dalam Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.

“Syarikat dan individu berpendapatan perniagaan yang menyumbang untuk program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, Sejahtera MADANI layak diberi potongan cukai pendapatan,” katanya menambah Sejahtera MADANI ialah sumbangan sektor swasta dalam menoktahkan kemiskinan tegar dengan dana terkumpul RM120 juta setakat ini.

Beliau turut menegaskan kejayaan program Solar MADANI, yang telah memasang 4,000 lampu solar di Sabah, kini diperluaskan ke kampung di seluruh negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: RM5.9 bilion peruntukan rentas kementerian untuk Malaysia terus terajui bidang AI- PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.