Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RM5.9 bilion peruntukan rentas kementerian untuk Malaysia terus terajui bidang AI- PM Anwar
  • NASIONAL

RM5.9 bilion peruntukan rentas kementerian untuk Malaysia terus terajui bidang AI- PM Anwar

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menerajui bidang kecerdasan buatan (AI) serta menyubur aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta (RDCI) dengan peruntukan rentas kementerian hampir RM5.9 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam ikhtiar menuju status negara AI menjelang 2030, Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan menerima hampir RM20 juta untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi, memperkukuh infrastruktur digital dan mencipta ekosistem AI yang cekap.

Beliau berkata kerajaan juga bercadang memberikan potongan cukai tambahan 50 peratus kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), bagi perbelanjaan kos latihan berkaitan AI dan keselamatan siber yang diiktiraf MyMahir National AI Council for Industry yang diterajui bersama Talentcorp dan MyDigital.

“Sebuah Sovereign AI Cloud akan dibina oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dengan pelaburan RM2 bilion.

“MCMC turut menubuhkan AI Transformation Centre dengan kerjasama Universiti Multimedia dan Center of Excellence in Ethics for Emerging Technologies sebagai pusat R&D (penyelidikan dan pembangunan) serta AI yang peka budaya,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan RM53 juta bagi Geran Pecutan Digital Malaysia bagi mempercepat pertumbuhan serta penerimagunaan teknologi seperti blockchain, AI dan perkomputeran kuantum.

“Sementara MIMOS akan membangunkan teknologi blockchain dan pengesanan deepfake,” kata beliau yang turut mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk program seperti Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains dan Science on Wheels, bagi membudayakan sains, teknologi dan daya cipta dalam kalangan belia.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan peruntuk hampir RM220 juta perkukuh peranan parlimen
Next: Belanjawan 2025: RM1 bilion diperuntuk bagi ikhtiar MADANI untuk rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.