Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Belanjawan 2026: RM110 juta insentif hasil karya berkualiti tinggi
  • NASIONAL

Belanjawan 2026: RM110 juta insentif hasil karya berkualiti tinggi

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM110 juta dalam Belanjawan 2026 sebagai insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan itu, termasuk RM10 juta khusus kepada penerbitan kandungan kenegaraan, sebagai antara komitmen kerajaan MADANI mendukung penghasilan karya kreatif dalam memperkukuh ekosistem ekonomi jingga.

“Kerajaan menyediakan RM20 juta untuk menyokong Ekosistem Kreatif Digital khususnya penggiat kreatif animasi dan permainan digital tempatan. RM10 juta insentif penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia, bagi menarik pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Bagi menggalakkan usaha penggiat kreatif animasi tempatan, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran perolehan kepada semua kementerian dan jabatan, untuk memperoleh produk merchandise dan kandungan digital,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang berbaju Melayu biru cair ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” berkata Hadiah Bahasa akan dihidupkan semula, menandakan tekad MADANI memperkasakan warisan bahasa Melayu sebagai lambang maruah dan keunggulan tamadun bangsa.

“Bahasa Melayu ialah nadi identiti bangsa dan wahana pemikiran kebangsaan yang mesti terus dipupuk dalam jiwa setiap rakyat. Ia bukan sekadar bahasa komunikasi tetapi bahasa ilmu, budaya dan perpaduan.

“Seyogia diperingatkan, Kementerian Pendidikan akan terus mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di semua sekolah dan aliran. Kita perhatikan terdapat kecuaian pelaksanaan yang bercambah di 249 sekolah antarabangsa,” kata beliau.

Anwar berkata sekolah antarabangsa harus memastikan pelaksanaan pembelajaran bahasa Melayu dan kenegaraan kepada semua anak Malaysia.

“Sesuai dengan tuntutan semasa, penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara harus diberikan keutamaan mulai dari peringkat rendah,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2026: Peruntukan tertinggi kepada Sabah, Sarawak dukung semangat MA63 – Fadillah
Next: Kerajaan peruntuk hampir RM220 juta perkukuh peranan parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.