
Antara kandungan ucapan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
- Menyemangati Perjanjian Malaysia 1963, Kerajaan MADANI bertekad memastikan kepesatan pembangunan di Sabah Sarawak.
Ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata untuk merapatkan jurang pembangunan terutamanya prasarana asas. - Sabah dan Sarawak menerima peruntukan Persekutuan tertinggi.
- Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion ketimbang RM4.4 bilion (2022).
- Sarawak terus meninggi kepada RM6 bilion ketimbang RM2.9 bilion (2022)
- Mulai tahun ini, kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta ketimbang RM300 juta (2023).
- Sembilan pakej Pan Borneo Sarawak siap sepenuhnya dan telah dibuka untuk kegunaan rakyat.
- Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) 1 dijangka siap November 2026 sementara SSLR 2 sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.
- Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) melengkapkan jalan perhubungan antara Sabah Sarawak. SST akan dikeluarkan seawal suku pertama 2026.
- Kerajaan akan menaik taraf struktur turapan jalan sedia ada bagi jajaran red line di seksyen Durin dan Salim, Sibu, Sarawak dengan kos RM350 juta.
- Untuk memastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital yang sebaiknya, Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sepanjang 3,190 kilometer dengan kos 2 bilion ringgit. Ini melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau
- RM20 juta disediakan untuk menambah tapak dan ruang niaga yang dilengkapi kemudahan asas kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
- RM2.3 bilion dilaburkan bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap 2028. Selain itu, lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Marudi dan Redang juga dinaik taraf dan dijangka siap 2027.
- RM50 juta turut disediakan untuk membangunkan dan menyelenggara jalan-jalan ladang di seluruh negara.
- Tahun hadapan, kerjasama akan terus diperhebat dengan peruntukan 300 juta ringgit, antaranya bagi menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
- RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buah- buahan tempatan, antaranya insentif tanaman dan prasarana ladang nanas termasuk di Sarawak selain tanaman buah lain durian belanda, jambu air dan limau besar.
- Membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform dengan kos lebih RM1.5 bilion antaranya: Naik taraf ICQS Sungai Tujoh, Miri, Sarawak dan Bangunan tambahan Batalion 23, PGA Sri Aman, Sarawak.
- Lebih RM700 juta untuk membekal air bersih dan elektrik termasuk pemasangan panel solar hibrid di kampung kecil Sabah Sarawak untuk manfaat 3,200 rumah.
- Tahun ini kita menubuhkan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) di Semenanjung. Operasi PPA akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak untuk manfaat 13 ribu OKU autisme dan keluarga mendapatkan sokongan bersepadu.
- Khusus untuk rakyat di pedesaan dan pedalaman Sabah Sarawak, 250 juta ringgit disediakan bagi menanggung kos pengedaran barang asas ke kawasan seperti Taradas, Kudat dan Kawayoi, Kinabatangan, Sabah serta Entaroh, Kapit dan Nanga Segeris, Sibu, Sarawak.
- 13 Klinik Kesihatan baharu, antaranya di Machang, Kelantan; Teluk Kemang, Negeri Sembilan; Mukah, Sarawak; dan Nabawan, Sabah
- Menyegerakan pelaksanaan Pusat Kanser di Kuching dan Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor.
- Hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, selain membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah. Ini termasuk membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru susulan kejayaan kita membaik pulih tandas, kantin, dan musolla dalam masa singkat.
- 38 buah sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Ini termasuk SK Sri Sadong, Serian, Sarawak; SMK Desa Wira, Padawan, Sarawak;
- Walaupun Perkhidmatan Udara Luar Bandar, RAS telah diserahkan kepada Kerajaan Sarawak, Kerajaan MADANI tetap menyediakan subsidi RAS 209 juta ringgit untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah Sarawak.
- Tiga pusat aktiviti perpaduan baharu akan dibina dengan kos RM46 juta termasuk Pusat Aktiviti Perpaduan Miri, Sarawak.