Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program VTP terima RM5 juta, manfaatkan 1,015 peserta luar bandar
  • TEMPATAN

Program VTP terima RM5 juta, manfaatkan 1,015 peserta luar bandar

Utusan Sarawak 11 hours ago

DATO Sri Rohani Abdul Karim pada Majlis Penutupan VTP Siri 4/2025 Bahagian Sri Aman dan Program VTP Sarawak di bawah RMK-12 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Foto: UKAS Sri Aman

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak memperkukuh komitmen dalam memperkasa komuniti luar bandar dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi pelaksanaan Program Transformasi Desa (VTP) di seluruh negeri.

Sejak dilaksanakan pada 2022, sebanyak 20 siri program VTP telah dianjurkan, melibatkan seramai 1,015 peserta dari pelbagai kawasan luar bandar. 

DATO Sri Rohani Abdul Karim pada Majlis Penutupan VTP Siri 4/2025 Bahagian Sri Aman dan Program VTP Sarawak di bawah RMK-12 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Foto: UKAS Sri Aman

Program ini dilihat berjaya melahirkan ramai usahawan kecil yang kini mampu menjana pendapatan melalui bidang kemahiran masing-masing.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar), Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata inisiatif itu sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk membentuk masyarakat luar bandar yang berdikari, inklusif dan berdaya saing menjelang 2030.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan VTP Siri 4/2025 Bahagian Sri Aman dan Program VTP Sarawak di bawah RMK-12, yang dianjurkan bersama Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), hari ini.

DATO Sri Rohani Abdul Karim pada Majlis Penutupan VTP Siri 4/2025 Bahagian Sri Aman dan Program VTP Sarawak di bawah RMK-12 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Foto: UKAS Sri Aman

Menurut beliau, program ini menyediakan platform latihan kemahiran asas bagi membolehkan peserta menjana pendapatan tambahan secara berterusan, selain berfungsi sebagai pemangkin pembangunan komuniti setempat.

“Kejayaan para peserta menunjukkan bahawa program ini bukan sahaja melahirkan tenaga mahir, malah membuka peluang keusahawanan baharu dalam pelbagai bidang – daripada teknikal, kraftangan hingga kulinari,” katanya.

Antara tujuh kursus utama yang ditawarkan di bawah Program VTP termasuk Asas Keselamatan Elektrik, Asas Kulinari dan Pastri, Pembuatan Simen Ferro, Pembuatan Kerangka Aluminium, Tanaman Secara Fertigasi dan Hidroponik, Asas Jahitan serta Kraftangan.

Pelaksanaan program ini telah menghasilkan pelbagai kisah kejayaan. Antara contoh menonjol ialah peserta Kursus Asas Keselamatan Elektrik yang kini menubuhkan kedai elektrik sendiri, selain peserta jahitan dan kraftangan yang menjana pendapatan melalui tempahan pakaian serta produk warisan seperti manik, skirt buri dan perhiasan sugu tinggi.

Selain itu, beberapa peserta turut mengembangkan kemahiran dalam industri makanan dengan membekalkan roti dan kuih-muih ke kedai makan serta gerai tempatan, termasuk semasa bulan Ramadan.

Pendekatan pemasaran yang fleksibel, termasuk penggunaan platform dalam talian, turut membantu memperluas capaian pasaran produk komuniti luar bandar.

Program VTP Siri 4/2025 di Bahagian Sri Aman menawarkan tiga kursus praktikal, Tanaman Secara Fertigasi dan Hidroponik, Kraftangan Manik dan Skirt Buri, serta Asas Kulinari dan Pastri dengan penyertaan seramai 51 peserta dari kawasan Sri Aman, Lubok Antu, Lingga dan Pantu.

“Kejayaan peserta ini membuktikan bahawa dengan kemahiran dan iltizam, masyarakat luar bandar mampu berdikari serta meningkatkan taraf hidup masing-masing. Inilah semangat sebenar Transformasi Desa,” tambah Rohani.

Beliau turut menyifatkan pelaksanaan Program VTP sebagai satu manifestasi nyata komitmen kerajaan Sarawak di bawah RMK-12 dalam memperkukuh agenda pembangunan insan dan ekonomi luar bandar selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Turut hadir Dr Nadia Natra Musa yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Sarawak, Pengarah SIMU, Sapiah Daud, Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang dan Pegawai Daerah Pantu, Frank Lani. 

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan disaran tambah pembinaan rumah e-Kasih di luar bandar
Next: Eric Tay: Sarawak deserves fairer share in federal budget

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.