Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • GLIC akan tingkat pelaburan bagi menyokong sektor strategik – PM Anwar
  • BISNES

GLIC akan tingkat pelaburan bagi menyokong sektor strategik – PM Anwar

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENIAGA ikan pekasam, Hanizan Yahaya, 65, (kanan) bersama isterinya, Norwana Mohd Yusoff, 56, (kiri) menonton pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara dalam talian melalui telefon bimbit ketika tinjauan di Kampung Teluk Perang, hari ini. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) melalui ikhtiar GEAR-uP akan meningkatkan pelaburan dalam negara kepada RM30 bilion pada 2026, daripada RM25 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bagi memacu pengembangan sektor strategik, GLIC akan menyokong syarikat atau pasaran tempatan di peringkat pertumbuhan.

Sebagai contoh, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan RM1.2 bilion Dana Pemacu bagi membuat pelaburan bersama dengan pengurus dana swasta (co-GP) untuk membiayai syarikat atau pasaran yang sedang berkembang dalam sektor seperti peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan ekonomi digital.

Selain itu, Program Syarikat Mid-Tier Khazanah menyediakan pembiayaan RM250 juta untuk membina keupayaan syarikat peringkat pertengahan, kata beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata ekosistem syarikat pemula niaga (startups) akan terus diperkukuh pada tahun depan. 

Pada masa ini, syarikat pemula niaga menyumbang RM1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana 82,000 peluang pekerjaan. 

Selari dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia, pelaburan Dana Perintis KWAP dan Jelawang Capital Khazanah ditingkatkan kepada RM750 juta daripada RM550 juta.

“Cradle Fund dengan dana RM55 juta akan melaksanakan Program Pelaburan Ekuiti dan Bengkel Inovasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diperluas kepada sektor swasta.

“Kerajaan bercadang menambah baik galakan cukai modal teroka sedia ada untuk tempoh 10 tahun melalui kadar cukai khas dan pengecualian cukai dividen,” tambah Perdana Menteri.  – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ekonomi Malaysia kekal kukuh, pertumbuhan dijangka capai 4.8 peratus tahun ini – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.