Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis Sarawak sedia digerakkan bantu kelancaran PRN Sabah
  • TEMPATAN

Polis Sarawak sedia digerakkan bantu kelancaran PRN Sabah

Utusan Sarawak 9 hours ago

PERBARISAN kawalan kehormat anggota Polis pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Polis Sarawak bersedia digerakkan pada bila-bila masa untuk membantu memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata setakat ini jumlah anggota yang bakal terlibat masih belum diputuskan kerana bergantung kepada keperluan serta permintaan Polis Sabah.

“Polis Sarawak menunggu sahaja apa juga perkembangan berkaitan PRN Sabah dan kita sentiasa bersiap sedia. 

“Sebagai kontinjen paling hampir, sudah tentu bantuan sumber manusia akan banyak dari Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan 9,500 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran PRN Sabah, melibatkan penugasan di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan.

Mohd Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab membantau lebih 3,500 saluran mengundi serta menjamin keselamatan pengundi dengan Polis Sabah telah memohon antara 1,000 hingga 1,500 tambahan pegawai dan anggota untuk digerakkan ke negeri berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ghee Hua lancar Pusat Proton 3S pertama di Sarawak
Next: MBKS must verify before involving MCMC – Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.