Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JBPM perkukuh persiapan hadapi Monsun Timur Laut
  • NASIONAL

JBPM perkukuh persiapan hadapi Monsun Timur Laut

Utusan Sarawak 12 hours ago

KETUA Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, meninjau jentera FRT yang diterima jabatan itu pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya, hari ini. Foto BERNAMA


PUTRAJAYA: Persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini dipertingkatkan dengan tumpuan khusus kepada penyelenggaraan aset logistik dan pengukuhan keupayaan pasukan penyelamat di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad.

Bercakap kepada Bernama selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan bagi bulan September di sini hari ini berkata pelbagai langkah proaktif telah diambil, termasuk pelaksanaan latihan lapangan, penyediaan logistik dan penyelenggaraan kenderaan angkut dan jentera berat bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum menjelang musim MTL.

“Alhamdulillah tahun ini kita juga telah mendapat peruntukan khas di bawah perbelanjaan mengurus untuk membuat penyelenggaraan besar kepada kenderaan angkut kita, lori, dan kita telah memulakan kerja-kerja pembaikan dan insya-Allah persiapan kita tahun ini orang cakap lebih baik dari segi untuk ketersediaan jentera-jentera berat.

“Kita juga telah membuat perolehan dan telah mengagihkan 150 buah bot komuniti, untuk kita serahkan kepada pasukan Bomba Sukarela dan bomba komuniti,” katanya.

MTL 2025/2026 dijangka bermula bulan depan hingga Mac 2026, dengan fasa peralihan monsun dijangka bermula akhir Oktober hingga November ini.

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menerima satu unit jentera FRT dan satu unit prototaip FRT yang dilengkapi dengan water cannon. Foto BERNAMA

Terdahulu dalam ucapannya, Nor Hisham berkata JBPM juga melihat kepada perlunya pemerkasaan bagi aset marin seperti Fire Rescue Boat (FRB), memandangkan penggunaannya amat kritikal bagi kawasan seperti penempatan kampung atas air seperti di Sabah dan Sarawak.

“Landskap binaan kediaman seperti ini hanya boleh diakses melalui laluan air, yang memerlukan aset penyelamatan khusus bagi membolehkan anggota bomba melaksanakan operasi pemadaman, menyelamat dan pengangkutan mangsa dengan lebih efisien.

“Selain itu, terdapat kawasan operasi yang hanya boleh diakses melalui sungai atau perairan terbuka. Keadaan ini memerlukan ketersediaan bot bersaiz besar, yang bukan sahaja berfungsi sebagai aset operasi, tetapi juga sebagai platform rehat dan pemulihan untuk anggota bomba semasa menjalankan misi dalam tempoh masa yang panjang,” jelasnya.

Justeru, beliau berkata JBPM telah membuat perolehan lima unit FRB, bertujuan memperkasakan keupayaan aset marin dan dijangka satu unit prototaip bot itu akan diperoleh pada Julai 2026 dan unit selebihnya akan dibekalkan dalam tempoh 24 bulan, dijangka pada 2027.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sembilan aktivis Malaysia misi FFC mungkin dibawa ke Turkiye petang ini
Next: Kerajaan peruntuk RM419.2 bilion bagi belanjawan 2026 – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.