Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • YTL Communications lancar rangkaian 5G Advanced pertama
  • TEKNOLOGI

YTL Communications lancar rangkaian 5G Advanced pertama

Utusan Sarawak 11 hours ago
KETUA Pegawai Pemasaran YTL Communications Yeoh Keong Ren, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hägerbro, CEO YTL Communication Wing K Lee, Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Yeoh Seok Hong, CEO Digital Nasional Berhad Azman Ismail dan Pengarah Eksekutif YTL Communications Fadhlullah SuhaimiAbdul Malek pada pelancaran 5G Advanced oleh Yes. Foto Yes

KUALA LUMPUR: YTL Communications menjadi telco pertama di Malaysia untuk melancarkan 5G Advanced secara komersil melalui jenama perkhidmatannya, Yes,

Pelancaran itu yang telah dimulakan di Lembah Klang, dijangka akan dikembangkan ke seluruh negara menjelang Disember 2025, menyampaikan liputan 5G yang lebih mendalam, prestasi yang lebih laju dan ketersambungan sedia kecerdasan buatan (AI) untuk memberi manfaat kepada pengguna serta perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata ini lebih daripada sekadar peningkatan rangkaian; ia akan menjadi pengubah keadaan.

“Melalui 5G Advanced, rakyat Malaysia dapat menikmati liputan 5G yang lebih luas serta lebih mendalam di seluruh negara dan rangkaian tanpa wayar berprestasi tinggi yang tidak pernah dialami oleh negara ini sebelumnya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Wing menjelaskan dengan memanfaatkan integrasi spektrum termaju pada 700 megahertz (MHz) dan 3500MHz, 5G Advanced Yes menawarkan penembusan dalaman yang lebih mantap serta liputan luaran yang lebih luas, menghubungkan pengguna kepada 5G yang lebih konsisten untuk data dan suara (melalui Voice over New Radio), pada masa yang sama memberikan prestasi 5G terbaik.

5G Advanced juga menawarkan ciri-ciri “VIP Lane” yang akan memastikan sambungan yang konsisten merentasi rangkaian 5G Yes.

Dengan daya pemprosesan yang tinggi untuk muat turun, muat naik, kependaman ultra-rendah dan pengurusan trafik pintar, 5G Advanced Yes memastikan prestasi terbaik dalam kelasnya,  merentasi aktiviti seperti penstriman, permainan dan aplikasi perindustrian kritikal misi, kata pengendali mudah alih itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerjasama Sarawak-Belanda fokus pembangunan pelabuhan, pertukaran teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.