Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengarah APM Sarawak tinjau kesiapsiagaan operasi di Dalat
  • Tengah
  • WILAYAH

Pengarah APM Sarawak tinjau kesiapsiagaan operasi di Dalat

Utusan Sarawak 15 hours ago
YS PPj. (PA) Mohtar Samat mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Dalat semalam.

DALAT: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, YS PPj. (PA) Mohtar Samat mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Dalat semalam bagi meninjau tahap kesiapsiagaan operasi serta menilai keperluan semasa pasukan di daerah itu.

Lawatan sehari itu dimulakan dengan sesi taklimat oleh Lt. M (PA) Muhammad Helmi Halim, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat, yang membentangkan persediaan APM Dalat menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, khususnya di kawasan berisiko banjir di daerah berkenaan.

Dalam lawatannya, Mohtar merakamkan penghargaan kepada seluruh warga APM Dalat atas komitmen dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang, terutamanya dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan pasukan daerah itu menubuhkan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sementara, yang kini berfungsi sebagai pusat koordinasi utama operasi dan pemantauan di Dalat.

“Teruskan komitmen bekerja dalam semangat berpasukan dan berikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat, selaras dengan slogan APM ‘Sedia, Pantas, Berintegriti’,” katanya.

Turut hadir Kapt. (PA) Zuriza Sharkawi, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mukah.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 2,000 penduduk PPR Seduan Rantau Panjang dibelenggu masalah air
Next: BBP Lutong bergegas ke Kolej Komuniti Permyjaya atasi tumpahan merkuri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.