Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes kematian kanak-kanak
  • MAHKAMAH

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes kematian kanak-kanak

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEORANG lelaki berumur 32 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun, dalam kejadian di Kampung Rampangi, Santubong, di sini pada Selasa lepas. Perintah reman bermula esok itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Aida Montong di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan polis Sarawak. Foto BERNAMA

KUCHING: Seorang lelaki berumur 32 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun, dalam kejadian di Kampung Rampangi, Santubong, di sini pada Selasa lepas.

Perintah reman bermula esok itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Aida Montong di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan polis Sarawak.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata laporan berhubung kejadian terbabit diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun pada Rabu lepas.

“Pengadu menyatakan beliau telah dimaklumkan oleh kawannya bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia kira-kira 9.45 malam, Selasa. Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah didera sehingga mati.

“Bertindak atas maklumat, polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, telah menahan suspek di kawasan Kampung Krian, Jalan Padawan pada 11.00 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ada ahli ‘Circle 19′ pindah sekolah selepas insiden Zara Qairina – Saksi
Next: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq didengar 11 Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.