Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semangat perpaduan Sarawak terserlah dalam sambutan Deepavali
  • TEMPATAN

Semangat perpaduan Sarawak terserlah dalam sambutan Deepavali

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menyalakan Lampu Deepavali di White Cat, Jalan Padungan, sebagai simbolik perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk Sarawak. Foto Shikin Mahmud

PADUNGAN: Semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk Sarawak sekali lagi dizahirkan menerusi Majlis Pembukaan Lampu Deepavali yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di White Cat, Jalan Padungan, malam ini.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kerana meneruskan tradisi menyalakan lampu perayaan di mercu tanda ikonik bandar raya itu sebagai simbol perpaduan rakyat.

“Kucing putih ini merupakan simbol terbaik bagi Kuching kota perpaduan. Walaupun bilangan masyarakat India di Sarawak tidak ramai, namun mereka tetap anak Sarawak yang diraikan bersama,” katanya.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menyalakan Lampu Deepavali di White Cat, Jalan Padungan, sebagai simbolik perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk Sarawak. Foto Shikin Mahmud

Menurut beliau, semangat saling menghormati dan menghargai kepelbagaian inilah yang menjadikan Sarawak unik berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Sarawak dikenali sebagai negeri perpaduan kerana kita tahu bagaimana untuk menghormati dan menghargai satu sama lain. Inilah asas kekuatan yang akan membawa kita terus maju ke hadapan,” jelasnya sambil menegaskan bahawa pembangunan negeri tidak akan berjaya tanpa kesepaduan rakyat.

Dr Sim turut menambah bahawa menjelang 2030, Sarawak akan terus melangkah ke arah menjadi negeri maju, inklusif dan sejahtera berpaksikan nilai harmoni.

“Kejayaan Sarawak bukan berpunca daripada konflik atau perselisihan tetapi daripada perpaduan, hormat-menghormati dan kerjasama erat antara semua kaum,” ujarnya.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menyalakan Lampu Deepavali di White Cat, Jalan Padungan, sebagai simbolik perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk Sarawak. Foto Shikin Mahmud

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata pemasangan lampu Deepavali di kawasan tugu Kucing Putih bukan sekadar hiasan, tetapi melambangkan semangat saling menghargai antara kaum dan agama.

“Tiada sesiapa yang terpinggir di Kuching setiap perayaan diraikan bersama. Sama ada Deepavali, Krismas atau Tahun Baharu Cina, semuanya membawa mesej kesatuan,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat agar terus mengekalkan semangat kekitaan tanpa mengheret perbezaan ke dalam pertikaian yang tidak membina.

“Jika seseorang tidak mampu menghargai keharmonian Sarawak, maka dia perlu menilai semula cintanya terhadap negeri ini,” tegasnya.

MAJLIS Pembukaan Lampu Deepavali di White Cat, Jalan Padungan, malam ini. Foto Shikin Mahmud

Turut berucap, Ketua Bahagian Guaman, Datuk Shankar Ram yang menekankan bahawa Sarawak menjadi contoh terbaik masyarakat pelbagai kaum yang hidup aman dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Walaupun komuniti India di sini kecil, setiap kali perayaan Deepavali, semua masyarakat tetap mengucapkan selamat dan meraikan bersama. Inilah keindahan Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Zaiedi Suhaili, pula menggesa agar tradisi seperti ini terus dipelihara kerana ia menggambarkan semangat muhibah rakyat Sarawak.

“Apa yang kita lakukan malam ini adalah kesinambungan usaha MBKS selama ini memperkukuh keharmonian, bukan sahaja dalam kalangan penduduk Kuching, tetapi di seluruh Sarawak,” katanya.

Majlis pembukaan tersebut turut dimeriahkan dengan penyalaan lampu berwarna-warni di sekitar tugu Kucing Putih, simbolik kepada cahaya Deepavali yang membawa mesej keamanan, kasih sayang dan perpaduan seluruh warga bandar raya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sambutan Hari Kelahiran TYT Sarawak ke-79: Persiapan rapi, raptai berjalan lancar
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Kesyukuran sambutan Hari Lahir Rasmi ke-79

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.