Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan polis berhubung kes keldai akaun di Lubok Antu
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan polis berhubung kes keldai akaun di Lubok Antu

Utusan Sarawak 1 day ago
TIGA lelaki ditahan polis dalam dua tangkapan berasingan berhubung kegiatan ‘keldai akaun’. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu terus mempergiat usaha membanteras jenayah penipuan dalam talian apabila berjaya menahan tiga lelaki dalam dua tangkapan berasingan berhubung kegiatan ‘keldai akaun’.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu hari ini, tangkapan pertama dilakukan pada semalam sekitar 3.30 petang, hasil operasi diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Lubok Antu, Inspektor Muhammad Asyraf Azmi.

Dalam operasi berkenaan, dua lelaki berusia awal 20-an dan 40-an ditahan kerana disyaki berperanan sebagai ‘keldai akaun’ bagi sindiket penipuan dalam talian yang melibatkan kerugian kira-kira RM30,530, dengan kes dilaporkan di Pulau Pinang dan Sabah.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada 7 Oktober lalu sekitar 2.00 petang, pasukan sama turut menahan seorang lelaki berumur awal 40-an kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM1,250 yang dilaporkan di Negeri Sembilan.

Pihak polis menegaskan bahawa tindakan menyerahkan akaun bank, kad ATM atau maklumat perbankan kepada pihak lain adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membenarkan akaun mereka digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan mencurigakan. 

“Penglibatan sebagai keldai akaun, sama ada dengan memberikan akaun untuk dipinjam, disewa, atau mengeluarkan wang bagi pihak orang lain adalah satu kesalahan jenayah,” tegas kenyataan itu.

Mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 424A, 424B, 424C(1) dan 424C(2) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk penjara dan denda.

Polis turut menggesa masyarakat agar lebih berwaspada terhadap taktik sindiket penipuan serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan diri menjadi mangsa atau terlibat secara tidak langsung dalam jenayah kewangan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki dipenjara sembilan tahun, tiga sebatan rompak suri rumah di Sibu
Next: Fraud case involving impersonation reported in Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.