Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Amaran hujan lebat khas dikeluarkan bagi Pulau Izu ketika Taufan Halong menghampiri
  • GLOBAL

Amaran hujan lebat khas dikeluarkan bagi Pulau Izu ketika Taufan Halong menghampiri

Utusan Sarawak 2 days ago
AGENSI Meteorologi Jepun yang menunjukkan imej satelit Taufan Halong semakin menghampiri gugusan Pulau Izu.

TOKYO: Agensi kaji cuaca Jepun mengeluarkan amaran khas hujan lebat untuk gugusan Pulau Izu di selatan Tokyo hari ini, memberi amaran tentang keadaan yang mengancam nyawa serta menggesa penduduk agar berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh dan banjir, lapor Kyodo News.

Bahagian selatan gugusan pulau mencatatkan hujan paling lebat pernah direkodkan ketika Taufan Halong bergerak ke arah timur laut merentasi Lautan Pasifik, mendorong Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran yang meliputi Pulau Hachijo, kira-kira 280 kilometer di selatan ibu kota Jepun.

Menurut agensi itu, jumlah hujan di Pulau Hachijo dalam tempoh tiga jam sehingga 7.00 pagi mencecah 207 milimeter, tertinggi pernah dicatatkan di kawasan itu.

Keadaan cuaca turut memaksa ratusan penduduk di kawasan terjejas berpindah ke pusat pemindahan.

Agensi itu juga melaporkan angin kencang mencecah 196.92 kilometer sejam direkodkan awal pagi Khamis di Hachijo.

Polis berkata tiga lelaki yang sedang memancing di Oiso, Wilayah Kanagawa, yang menghadap Lautan Pasifik dihanyutkan ombak, mengakibatkan seorang daripada mereka maut. Pihak berkuasa tempatan berkata amaran ombak tinggi dan angin kencang dikeluarkan untuk kawasan itu pada waktu kejadian.

Sehingga tengah hari, taufan ke-22 musim ini bergerak ke arah timur laut kira-kira 210 km timur Pulau Hachijo pada kelajuan kira-kira 30 km/j, dengan kelajuan angin mencecah 234 km/j.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Mesir hantar konvoi bantuan ke Gaza selepas gencatan senjata dicapai
Next: Thailand catat lebih 700,000 kes influenza, 61 kematian tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.