Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua lelaki dipenjara 9 tahun, 3 sebatan kerana rompak pekerja kedai telefon
  • MAHKAMAH

Dua lelaki dipenjara 9 tahun, 3 sebatan kerana rompak pekerja kedai telefon

Utusan Sarawak 1 day ago
DIJATUHI HUKUMAN... Kedua-dua tertuduh dibawa keluar dari lokap mahkamah setelah dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan.

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara sembilan tahun berserta tiga sebatan terhadap dua lelaki atas pertuduhan merompak seorang pekerja kedai telefon, 25 September lepas.

Tertuduh, Sebastian Belon Banjang, 21, dan Romar Inta, 36, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan di hadapan hakim Musyiri Peet.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka dituduh bersama dengan seorang lagi yang masih bebas, merompak secara berkumpulan terhadap seorang pekerja kedai telefon dengan melarikan telefon bimbit milik mangsa pada 25 September 2025, kira-kira 6.45 petang di tepi jalan sebuah premis di Jalan Market.

Mengikut fakta kes, pada hari tersebut ketika mangsa sedang berjalan kaki sendiri di lorong berhampiran Jalan Market untuk pergi ke tandas, tiga lelaki tidak dikenali telah menghampirinya.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudian meminta mengsa menyerahkan telefon bimbit miliknya, dimana seorang daripada lelaki itu kemudian menumbuk belakang leher dan kepala mangsa serta merampas telefon bimbitnya.

Mereka kemudian melarikan diri dan kerugian dianggarkan sebanyak RM500. Mangsa kemudian membuat laporan polis yang kemudian membawa kepada penangkapan dua suspek berusia 21 dan 36 tahun.

Siasatan yang dijalankan mendapati ketika mangsa sedang menuju ke tandas, tiga lelaki tidak dikenali telah menghampirinya.

Tertuduh kedua iaitu Romar telah menghalang mangsa dari depan sementara dua suspek lain dari belakang. Romar turut meminta mangsa menyerahkan telefon bimbitnya dan apabila mangsa enggan berbuat demikian, tertuduh kedua iaitu Sebastian telah memukulnya.

Romar turut bertindak memukul mangsa dari belakang sebelum merampas telefon bimbit milik mangsa sebelum mereka melarikan diri.  

Sementara itu, Romar turut dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun berserta tiga sebatan oleh mahkamah sama atas pertuduhan merompak seorang suri rumah serta mencederakan suami mangsa.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Zara Qairina kelihatan ‘bad mood’, diam, muram, sehari sebelum insiden – Saksi
Next: Saman Altantuya: Mahkamah tangguh keputusan rayuan Kerajaan, Razak Baginda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.