Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kristal X, Azlan & The Typewriter bersatu dalam ‘Rockolusi Kuasa Dua’
  • HIBURAN

Kristal X, Azlan & The Typewriter bersatu dalam ‘Rockolusi Kuasa Dua’

Utusan Sarawak 1 week ago
DUA nama besar dunia rock tanah air, Azlan & The Typewriter (ATT) dan Kristal X, bakal menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert ‘Rockolusi Kuasa Dua’ pada 1 Feb depan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua nama besar dunia rock tanah air, Azlan & The Typewriter (ATT) dan Kristal X, bakal menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert ‘Rockolusi Kuasa Dua’ pada 1 Februari depan. 

Wakil penganjur Republic Mokhmah Records, Abdul Musa Mokhtar berkata konsert berkenaan diadakan bagi mengembalikan nostalgia era kegemilangan muzik rock tempatan selain menampilkan kematangan dua nama legenda yang kekal relevan serta terus mendapat tempat di hati peminat.

“Sebelum memilih mereka, kami telah menjalankan tinjauan di media sosial dan mendapati rata-rata peminat memang mahukan gandingan ini. Kristal X banyak melahirkan lagu-lagu malar segar seperti Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam, manakala ATT pula tidak kurang hebatnya dengan lagu Jangan Khianati Aku yang berjaya menembusi pasaran Indonesia.

PENYANYI Kumpulan Azlan & The Typewriter (AAT) dan Kristal X ketika ketika ditemui mengenai Konsert “Rockolusi Kuasa Dua” semalam. Konsert dengan menggabungkan dua nama besar dunia Rock tanah air iaitu Azlan & The Typewriter (AAT) dan Kristal X yang akan berlangsung di Zeep Kuala Lumpur 1 Feb depan. Foto BERNAMA

“Konsert itu juga dijangka menjadi antara persembahan yang sukar dilupakan, khususnya menerusi kehebatan vokal dua penyanyi utama terbabit. Kami mahu menghidupkan kembali semangat itu dan membuktikan bahawa mereka masih berbisa di pentas besar,” katanya pada sidang media konsert berkenaan, di sini semalam.

Vokalis ATT Azlan berkata beliau mengambil sedikit masa sebelum bersetuju dengan projek tersebut kerana mahu memahami terlebih dahulu visi dan kemampuan penganjur  serta memastikan keserasian antara kedua-dua kumpulan.

“Kami bukan sekadar nak terlibat dalam konsert, tapi nak pastikan kerjasama itu menyeronokkan dan berjalan dengan harmoni. Bila ada keserasian antara band dan penganjur, barulah konsert tu benar-benar ‘hidup’.

WAKIL Penganjur, Republic Mokhmah Record Abdul Musa Mokhtar (dua, kiri) ketika mengadakan sidang media konsert di sini semalam. Dua nama besar dunia rock tanah air, Azlan & The Typewriter (ATT) dan Kristal X, bakal menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert ‘Rockolusi Kuasa Dua’ pada 1 Feb depan. Foto BERNAMA

“Kristal X merupakan rakan kolaborasi yang ideal kerana kedua-dua kumpulan berada dalam lingkungan genre rock tetapi membawa keunikan tersendiri. Konsert ini akan menampilkan hampir 10 lagu nyanyian ATT, termasuk karya popular Jangan Khianati Aku dan Untuk Mu, selain beberapa lagu lama yang jarang dipersembahkan secara langsung,” katanya.

Katanya konsert Rockolusi Kuasa Dua bukan bersifat pertandingan antara dua kumpulan, sebaliknya satu persembahan keluarga besar rock tempatan yang meraikan variasi dan semangat persaudaraan dalam muzik.

Sementara itu, vokalis Kristal X, Lan Solo berkata tawaran untuk berkolaborasi dengan ATT pada mulanya mengejutkan, namun kedua-dua pihak melihat potensi besar dalam penyatuan dua kumpulan yang datang daripada latar muzik berbeza.

KUMPULAN Kristal X ketika sidang media mengenai Konsert ” Rockolusi Kuasa Dua” semalam. Dua nama besar dunia rock tanah air, Azlan & The Typewriter (ATT) dan Kristal X, bakal menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert ‘Rockolusi Kuasa Dua’ pada 1 Feb depan. Foto BERNAMA

“Ini kali pertama kami bekerjasama sepenuhnya, bukan sekadar berkongsi pentas, tetapi turut mencipta dan menyusun muzik bersama. Kami nampak sesuatu yang segar apabila dua generasi muzik digabungkan.

“Konsert ini akan menampilkan gabungan lagu baharu dan nostalgia, termasuk karya ikonik Kristal seperti Seragam Hitam dan D’Layla dengan susunan muzik baharu. Lagu seperti D’Layla saya memang persembahkan eksklusif dengan band dan tidak pernah bawakan secara solo, jadi ia akan jadi sesuatu yang istimewa buat peminat,” katanya.

Beliau berkata mereka turut akan melahirkan single duet baharu berjudul Rockolusi yang disifatkan sebagai simbol penyatuan dua kumpulan rock tersebut.

Konsert itu turut akan menampilkan kumpulan koir Noghori Arts School Voice Ensemble (NASVE) yang dianggotaianak kepada dua vokalis utama, Lan Solo dan Azlan sendiri.

Tiket konsert kini mula dijual menerusi laman sesawang www.lassotickets.com.- Bernama

Continue Reading

Previous: Black, Eddie umum undur diri dari kumpulan Wings
Next: Kafe di New Zealand mohon maaf kepada Peter Jackson

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.