Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi raikan majlis santai bersama Menteri Pertahanan
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi raikan majlis santai bersama Menteri Pertahanan

Utusan Sarawak 3 days ago
TUN Wan Junaidi menghadiri majlis jamuan makan bersama Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga merupakan sahabat lama sejak zaman Parlimen era 1990-an. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri majlis jamuan makan bersama Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga merupakan sahabat lama sejak zaman Parlimen era 1990-an.

Majlis yang berlangsung semalam di salah satu hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu diadakan dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekitaan.

Turut hadir ialah Tan Sri Bustari Yusuf dan isteri, Puan Sri Johrah Abdul Rahman; Dato’ Mohamed Raffe Chekku dan isteri, Datin Nilufar Sharof; serta Eda Ahmad dari OBYU.

TOH Puan Fauziah menghadiri majlis jamuan makan bersama Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Foto Astana Negeri Sarawak
 

Jamuan makan malam santai ini menjadi wadah memperkukuh jaringan persahabatan dan silaturahim dalam kalangan hadirin, di samping memberi ruang untuk bertukar pandangan serta mengimbau kenangan lama.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Dato’ Seri Mohamed Khaled serta para tetamu yang telah meluangkan masa menghadiri majlis.

Tun Wan Junaidi berharap agar hubungan persahabatan dan semangat kekitaan yang terjalin akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi kenang-kenangan dan suasana mesra penuh ukhuwah.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: BUDI95: Kelayakan tambahan pemandu e-hailing berdasarkan penggunaan
Next: Jangan anggap penderaan urusan rumah tangga – Abdullah Saidol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.