Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Puisi
  • TEMPATAN
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 2 days ago


Membebaskan Rasa Daripada Kepompong Itu

Tiada pesona

di dalam kepompong ini

sendat terkurung

merenggut damai

cuma tangisan nan tertahan

menggelupur ingin lepas

sebelum samar cahaya hati

terus terpadam

kudrat kecil merobek

derita yang membalut

untuk terlahir indah

bebas terbang menjadi rama-rama.

Azia Nur

16/01/25

Hilangmu Deritaku

Sewaktu aku mencari dahan

untuk berpaut hilangkan derita

engkau muncul sebagai pokok melindungiku.

Setiap kali aku ingin hilang

tangan engkau aku sambut

lalu lukaku sembuh dengan pantas.

Apabila aku kedinginan ditimpa hujan

engkau menjadi pokok kecil

sebagai tempat aku berteduh.

Ketika aku jatuh terduduk

engkau menjelma sebagai bulan,

sentiasa menerangi aku.

Apabila engkau  menghilangkan diri dariku

duniaku hancur

dahanku patah, pondok aku roboh

dan bulanku tidak muncul lagi.

Nurul Aisyah binti Saidin

Pulang

Dari kejauhan

kulirik candamu

bebas berterbangan

kicau bersahutan

kau tebar drama alam

di balik teduhnya mega

mengusik rindu

mengintai kembali jejak
yang pernah bernafas
dalam detik lalu

pernah seindah ini.

Bebas seadanya

pernah kudambakan

namun waktu berlalu

bagai arus terus mengalir

mengingatkan perjalanan pulang

kian mendekat.

Mindaku tersandar

saat mencari teduh

separuh hati  retak
separuh jiwa rapuh
kelak hanyalah sejarah

yang membenam erat

dalam lipatan riwayat.

Bukan lagi pilihan
kepasrahan menemui diri
dalam pelukan abadi

dalam dakapan waktu
yang tak pernah pergi.

Aku akan pulang

aku pasti pulang

kudakap diriku erat

digenggam nuansa redha.

Maya Sona

Nyelong Sarikei

10 September 2025

Continue Reading

Previous: Public urged to stay alert against scams through new CCID information pamphlet
Next: Respect cultural diversity, keep Sarawak’s harmony untouched by peninsular politics: Eric Tay

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.