Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Tiga peniaga didenda jual produk tembakau tidak ikut harga ditetapkan
  • MAHKAMAH

Tiga peniaga didenda jual produk tembakau tidak ikut harga ditetapkan

Utusan Sarawak 2 days ago
MAHKAMAH Majistret Mukah

MUKAH: Seorang lelaki dan dua wanita didenda antara RM4,000 hingga RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Mukah hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual produk tembakau yang tidak mengikut harga dan syarat ditetapkan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Ketiga-tiga tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern. Mereka turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Menurut fakta kes, kesalahan berlaku pada awal Jun lalu semasa satu Operasi Penguatkuasaan dijalankan oleh Pasukan Penguat Kuasa dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu di beberapa premis makanan sekitar Pekan Selangau.

Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga tertuduh menjual produk tembakau yang melanggar Seksyen 14(4) akta berkenaan, iaitu menjual tanpa mematuhi harga dan syarat ditetapkan kerajaan.

Kes tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Maswel Lenard Thomas dan Andy Yet Yew Huat dari Unit Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, dengan siasatan dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Niel Ganja dari Pejabat Kesihatan Daerah Selangau.

Menurut pihak pendakwa, kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana melibatkan kepentingan awam dalam aspek kawalan terhadap produk tembakau, selain merupakan satu kesalahan yang tidak boleh dikompaun.

Sabitan kes ini harus dilihat sebagai langkah pencegahan umum kepada para pengusaha lain agar tidak mengambil mudah terhadap peraturan yang ditetapkan demi keuntungan komersial.

Ia juga menjadi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang, selain memperlihatkan usaha pihak berkuasa dalam mempertahankan kepentingan awam.

Dalam masa yang sama, tindakan ini menegaskan bahawa pematuhan kepada undang-undang bukanlah satu pilihan, sebaliknya satu kewajipan yang mesti dipatuhi oleh semua pihak.

Notis hadir ke mahkamah telah dikeluarkan di bawah Seksyen 47 Akta 852, dan pendakwaan dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lelaki dipenjara lapan bulan atas kesalahan pencerobohan jenayah
Next: Zara Qairina kelihatan ‘bad mood’, diam, muram, sehari sebelum insiden – Saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.