Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perlu pemimpin cekap, telus dan adaptif hadapi cabaran global
  • TEMPATAN

Sarawak perlu pemimpin cekap, telus dan adaptif hadapi cabaran global

Utusan Sarawak 4 weeks ago
BERUCAP… Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, menyampaikan ucapan semasa Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025 di Puteri Ballroom, Damai Lagoon Resort, hari ini.
 

SANTUBONG: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, menegaskan bahawa kepimpinan kolaboratif merupakan kunci utama dalam memperkukuh tadbir urus berdaya tahan.

Beliau berkata, pendekatan ini juga penting dalam memacu pembangunan strategik negeri ke arah masa depan yang lebih mampan.


Menurut beliau, setiap agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus memainkan peranan aktif sebagai pemangkin transformasi pentadbiran negeri dengan mengekalkan kecekapan, ketelusan serta keupayaan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan landskap global.

“Kita mesti memastikan setiap dasar, pelaburan dan inisiatif kerajaan digerakkan berasaskan integriti serta berpaksikan manfaat rakyat. Ini penting bagi menjamin setiap keputusan strategik terus menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025 di Puteri Ballroom, Damai Lagoon Resort di sini, hari ini.

Beliau menambah, pemimpin sektor awam dan korporat harus diperkasa dengan kemahiran serta pengetahuan yang selaras dengan keperluan semasa bagi membolehkan mereka memimpin dengan lebih efektif dan berdaya saing.

Beliau menegaskan tiga teras utama perlu diberi perhatian dalam memperkukuh kepimpinan negeri iaitu kecekapan tadbir urus, pembangunan kapasiti kepimpinan dan kerjasama strategik rentas sektor.

“Kerajaan yang cekap bukan sekadar efisien dan berakauntabiliti, tetapi juga perlu adaptif serta terbuka kepada kolaborasi bagi menjayakan agenda pembangunan negeri,” ujarnya.

Katanya lagi, konsep ‘Teliti Semula, Fikir Semula dan Segar Semula’ (Revisit, Rethink dan Recharge) akan terus dijadikan asas dalam memperkukuh program pembangunan kepimpinan, di samping memperkemas prosedur serta memastikan dasar kerajaan kekal relevan dengan tuntutan masa depan.

“Cabaran masa kini seperti kewangan, teknologi dan kelestarian tidak mampu ditangani secara bersendirian. Kepimpinan kolaboratif amat penting bagi menyatukan strategi serta membentuk jaringan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan penganjuran sidang kemuncak berkenaan termasuk Unit Transformasi dan Inovasi Negeri serta rakan strategik dari sektor pendidikan dan korporat.

“Bersama-sama, kita perlu bergerak dengan matlamat yang jelas dan semangat kepimpinan yang jujur untuk memastikan masa depan Sarawak terus diterajui tadbir urus yang kukuh, progresif dan berpaksikan rakyat,” ujarnya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Indai ‘Penenun Mimpi’ martabat identiti, warisan Iban ke persada antarabangsa
Next: Sarawak terajui tenaga hijau, pacu lonjakan ekonomi masa depan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.