Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan buku dari Jepun perkaya koleksi Perpustakaan UPMS
  • Utara
  • WILAYAH

Sumbangan buku dari Jepun perkaya koleksi Perpustakaan UPMS

Utusan Sarawak 3 days ago
YAMASHITA menerima cenderamata daripada Ketua Perpustakaan UPMS, Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan, sempena majlis penyerahan buku Projek Read Japan di Perpustakaan UPMS baru-baru ini.

BINTULU: Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) baru-baru ini menerima sebanyak 98 buku daripada Projek Read Japan, satu inisiatif antarabangsa yang bertujuan mempromosikan pemahaman global mengenai Jepun melalui pendermaan buku berbahasa Inggeris.

Menurut kenyataan UPMS, buku-buku tersebut merangkumi pelbagai aspek budaya, sejarah, politik, dan masyarakat Jepun. 

Semasa penyerahan, Ketua Pejabat Konsular Jepun, Yamashita Yoshito dalam ucapannya memberi penekanan mengenai kepentingan pertukaran budaya dan pendidikan antara negara.

“Projek Read Japan bertujuan membina jambatan kefahaman antara Jepun dan negara-negara di seluruh dunia. 

“Dengan menyediakan akses kepada buku berkualiti berbahasa Inggeris tentang Jepun, kami berharap dapat menyemai minat serta menggalakkan hubungan yang bermakna,” katanya.

Beliau turut berkongsi rasa gembira atas kerjasama dengan UPMS dan berharap koleksi tersebut memberi impak positif kepada pelajar serta para sarjana tempatan.

Sementara itu, Ketua Perpustakaan UPMS, Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan menzahirkan penghargaan kepada pihak Jepun atas sumbangan tersebut.

“Kami berasa terhormat menjadi sebahagian daripada Projek Read Japan dan menerima koleksi yang bernilai ini. 

“Buku-buku ini akan memperkayakan sumber perpustakaan serta membuka peluang baru untuk pembelajaran dan pertukaran budaya,” ujarnya.

Projek Read Japan yang dimulakan oleh The Nippon Foundation dan diuruskan oleh The Tokyo Foundation, telah mengedarkan hampir 100,000 buku ke lebih 1,400 institusi di seluruh dunia, dalam usaha memupuk pertukaran budaya dan peluang pendidikan.

Pelajar dan pengunjung perpustakaan digalakkan melawat untuk meneroka koleksi baharu tersebut.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka bantu baik pulih kediaman Mohammad Efnisaiful
Next: Operasi SAR warga emas hilang di Sri Aman ditutup selepas tujuh hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.