

PERIKSA… Norizan Jili bersama anggotanya ketika memeriksa salah sebuah kenderaan pada Operasi Pengarah JPJ Miri Bil.16 bagi 2025 yang diadakan di Jalan Miri By Pass, malam kelmarin.
MIRI: Sebanyak 73 notis ketidakakuran dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 menerusi Operasi Pengarah JPJ Miri Bil.16/2025 yang dijalankan di Jalan Miri By Pass, malam kelmarin.
Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, sebanyak 567 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan, yang bertujuan memperkukuh keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya.


PERIKSA… Norizan Jili bersama anggotanya ketika memeriksa salah sebuah kenderaan pada Operasi Pengarah JPJ Miri Bil.16 bagi 2025 yang diadakan di Jalan Miri By Pass, malam kelmarin.
Katanya, operasi ini sebagai langkah terus memperkukuh usaha memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang di jalan raya.
“Operasi yang bermula 7.30 malam hingga 9.00 malam itu telah diketuai oleh Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili yang turut turun padang bersama pegawai dan anggota JPJ Cawangan Miri bagi meninjau pelaksanaan serta keberkesanan operasi penguatkuasaan tersebut.


PERIKSA… Norizan Jili bersama anggotanya ketika memeriksa salah sebuah kenderaan pada Operasi Pengarah JPJ Miri Bil.16 bagi 2025 yang diadakan di Jalan Miri By Pass, malam kelmarin.
“Pada operasi itu, tiga kenderaan turut disita kerana didapati mempunyai cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans yang sah,” katanya.
Tambahnya, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang ingkar terhadap undang-undang dan peraturan sedia ada.

“Semua pengguna jalan raya diseru agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah, serta mematuhi peraturan demi keselamatan diri dan pengguna lain di jalan raya,” jelasnya lagi.
Oleh Adum Liu