Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • GBK disaran daftar SPEAK bantu pelajar rancang kerjaya lebih berkesan
  • PENDIDIKAN

GBK disaran daftar SPEAK bantu pelajar rancang kerjaya lebih berkesan

Utusan Sarawak 3 days ago
ADANA Jed (lima dari kanan) bersama penceramah Jerayawara SPEAK 2025 Fasa Kedua Zon Sibu di sebuah hotel terkemuka di Sibu, hari ini.

SIBU: Golongan pendidik, khususnya Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), disaran agar segera mendaftar dalam Sistem Pesanan Kerjaya (SPEAK) bagi memperkasakan penyampaian maklumat berkaitan pendidikan, latihan dan peluang kerjaya kepada pelajar.

Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Adana Jed, berkata setakat ini hanya 12 GBK daripada 47 sekolah di Bahagian Sarikei, Sibu dan Kapit yang telah mendaftar, iaitu hanya 24 peratus.

“Program ini diadakan bagi meningkatkan penyertaan guru dalam SPEAK agar penyebaran maklumat kepada pelajar menjadi lebih berkesan dan efisien pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Jerayawara SPEAK 2025 Fasa Kedua Zon Sibu di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

ADANA Jed (duduk tengah) bersama peserta Jerayawara SPEAK 2025 Fasa Kedua Zon Sibu di sebuah hotel terkemuka di Sibu, hari ini.

Menurut Adana, perubahan pesat dalam landskap pekerjaan akibat kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) menuntut usaha yang lebih proaktif dalam pembangunan modal insan.

Katanya, kerajaan negeri memberi tumpuan terhadap inisiatif tersebut melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), dengan sasaran 30 peratus tenaga kerja berkemahiran bagi menjadikan Sarawak sebuah negeri maju berpendapatan tinggi.

Pelaksanaan SPEAK, ujar beliau, adalah antara manifestasi komitmen kerajaan dalam memupuk dan melatih bakat tempatan selari dengan kehendak pasaran kerja semasa.

“SPEAK ialah platform dalam talian yang komprehensif. Ia menyediakan akses kepada maklumat berkaitan kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran serta latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) yang ditawarkan institusi tempatan.”

Tambahnya, platform itu direka khusus untuk anak-anak Sarawak, termasuk lepasan sekolah dan pencari kerja, agar tidak ada yang tercicir dalam membina masa depan kerjaya mereka.

Adana turut menekankan bahawa sektor berimpak tinggi seperti ekonomi hijau, tenaga boleh baharu (hidrogen dan solar), teknologi digital, serta AI kini menjadi pemacu utama ke arah menjadikan Sarawak hab kemahiran dan inovasi di rantau ini.

“Saya menggesa semua Guru Bimbingan dan Kaunseling agar menggunakan sepenuhnya platform SPEAK. Ia bukan sekadar pendaftaran, tetapi merupakan pintu masuk kepada maklumat strategik yang boleh membentuk masa depan kerjaya pelajar secara lebih bermakna dan berdaya saing di peringkat global,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Green Eduland and City Growers Kuching: Nurturing curiosity through nature-based learning
Next: Sarawak sasar 100 peratus kelulusan UPDLP Tahun Enam – Roland Sagah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.