Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Profesor Dr Tunza terima anugerah penceramah & pensyarah paling aktif 2004–2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Profesor Dr Tunza terima anugerah penceramah & pensyarah paling aktif 2004–2025

Utusan Sarawak 4 days ago
PROFESOR Dr Tunza Mohd Riduan.

SIBU: Profesor Dr Tunza Mohd Riduan menerima Anugerah Penceramah dan Pensyarah Paling Aktif 2004-2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau selama lebih dua dekad dalam pembangunan modal insan.

Menurut kenyataan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Salim Sibu hari ini, anugerah itu disampaikan dalam satu majlis baru-baru ini bagi menghargai peranan signifikan Dr Tunza dalam memperkasa masyarakat melalui bidang keusahawanan, motivasi, kepimpinan dan pengurusan strategik.

“Profesor Dr Tunza memainkan peranan penting dalam menjayakan pelbagai program latihan dan ceramah yang memberi manfaat secara langsung kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pelajar sekolah, belia serta golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.

“Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu, malah menjadi sumber inspirasi kepada peserta untuk membina jati diri. Setiap tanggungjawab yang diamanahkan sentiasa dilaksanakan dengan penuh keikhlasan demi kebaikan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Profesor Dr Tunza yang berpegang pada prinsip “Ilmu tak dapat dibeli”, berkata ilmu sejati hanya dapat diperoleh melalui usaha, kesungguhan dan pengalaman hidup.

“Ilmu adalah pelita hidup yang menjadi panduan dalam menghadapi sebarang cabaran. Ilmu yang diamalkan lebih melekat di hati, menginsafi diri dan mendekatkan kita kepada Ilahi,” katanya.

Sepanjang tempoh 2004 hingga 2025, beliau terus menunjukkan kecemerlangan, kepimpinan berwibawa serta integriti tinggi, sekali gus menjadikannya tokoh contoh dalam bidang akademik dan pembangunan insan negara.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Infrastruktur luar bandar diperkasa, projek jalan dan pembetung siap di Sungai Tulai
Next: SUPP Bukit Assek anjur sambutan perayaan kuih bulan pada 11 Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.