Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perdana Menteri Perancis Lecornu letak jawatan
  • GLOBAL

Perdana Menteri Perancis Lecornu letak jawatan

Utusan Sarawak 3 days ago
PERDANA Menteri baharu Perancis Sebastien Lecornu meletak jawatan, umum Istana Elysee hari ini.

PARIS: Perdana Menteri baharu Perancis Sebastien Lecornu meletak jawatan, umum Istana Elysee hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lecornu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron dan Presiden menerima peletakan jawatan itu, menurut kenyataan Istana Elysee.

Hampir empat minggu selepas pelantikannya, Lecornu baru sahaja mengumumkan portfolio kementerian utama semalam, namun ketua parti konservatif Republicans Bruno Retailleau, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap komposisi Kabinet baharu dan memanggil mesyuarat krisis.

Akibatnya, timbul spekulasi mengenai kemungkinan parti konservatif menarik diri daripada gabungan dengan kem Presiden Macron yang berhaluan tengah dan tidak mempunyai majoriti di parlimen.

Lecornu pada asalnya dijadual menyampaikan kenyataan dasar kerajaan di Dewan Rendah Parlimen Perancis iaitu Perhimpunan Kebangsaan serta mengumumkan baki pelantikan anggota Kabinet, esok.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Keluarga terjejas gempa bumi di Filipina kini melebihi 155,000
Next: Ribut salji di Gunung Everest: Seorang pendaki dilaporkan maut, ratusan dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.