Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peserta cilik meriahkan Pertandingan Cheongsam Kanak-Kanak Festival Kuih Bulan 2025
  • TEMPATAN

Peserta cilik meriahkan Pertandingan Cheongsam Kanak-Kanak Festival Kuih Bulan 2025

Utusan Sarawak 19 hours ago
MERIAH… Dato Sim Kiang Chiok dan Pengerusi Penganjur, Pung Siok Eng merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Pertandingan Cheongsam Kanak-Kanak bagi kategori A (umur 4 hingga 8 tahun), juara dimenangi Aaira Khadeeja, diikuti Chan Lee Zhi En sebagai naib juara dan Tiffany Ching Qian Qian di tempat ketiga.

KUCHING: Festival Kuih Bulan 2025 menyerlahkan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan rakyat Sarawak.

Pengerusi Persatuan Peminat Seni, Tarian dan Muzik Kuching Suriamas, Dato Sim Kiang Chiok, berkata festival tahun ini mencerminkan keharmonian serta kekuatan perpaduan yang menjadi identiti rakyat Sarawak.

“Perayaan ini menzahirkan keindahan rakyat Sarawak yang bersatu dalam kepelbagaian untuk meraikan budaya, keluarga dan persahabatan,” katanya ketika berucap pada Festival Kuih Bulan 2025 bagi yang berlangsung di Plaza Merdeka, semalam.

MERIAH… Dato Sim Kiang Chiok dan Pengerusi Penganjur, Pung Siok Eng merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Pertandingan Cheongsam Kanak-Kanak bagi kategori kategori B (umur 7 hingga 12 tahun), Nur Qistina Batrisyia muncul sebagai juara, dengan Grace Bong Syn Yue di tempat kedua dan Nur Balqis Anisha di tempat ketiga.

Festival ini merupakan anjuran Persatuan Peminat Seni, Tarian dan Muzik Kuching Suriamas dengan kerjasama Plaza Merdeka dan Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan OKU Kuching (KATSN).

Antara acara utama ialah Pertandingan Cheongsam Kanak-Kanak mempamerkan keanggunan dan keyakinan peserta cilik dari pelbagai kaum dalam busana tradisional.

PARA peserta Pertandingan Cheongsam Kanak-Kanak pada Festival Kuih Bulan 2025 bagi yang berlangsung di Plaza Merdeka, semalam.

Bagi kategori A (umur 4 hingga 8 tahun), juara dimenangi Aaira Khadeeja, diikuti Chan Lee Zhi En sebagai naib juara dan Tiffany Ching Qian Qian di tempat ketiga. Dua peserta menerima hadiah saguhati, iaitu Syarifah Nayla Medina dan Nur Addliey Adzra, manakala Caroline Kum Feng En pula dipilih sebagai penerima Anugerah Busana Terbaik bagi kategori ini.

Sementara itu, bagi kategori B (umur 7 hingga 12 tahun), Nur Qistina Batrisyia muncul sebagai juara, dengan Grace Bong Syn Yue di tempat kedua dan Nur Balqis Anisha di tempat ketiga. Hadiah saguhati turut diberikan kepada Nur Ain Damisha dan Nur Adzwiesya Damia, manakala Nur Dania Farisya Chan memenangi Anugerah Busana Terbaik bagi kategori tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang festival termasuk persembahan muzik Orkestra Teochew, pameran Galeri Seni Istimewa, pertandingan mewarna dan aktiviti kebudayaan lain.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dua cef muda Sarawak terpilih sertai Program Serumpun In Motion
Next: Sarawak–Brazil teroka potensi kerjasama dalam sektor penerbangan dan pengangkutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.