Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Beluru segera bersihkan pokok tumbang halang laluan sungai
  • Utara
  • WILAYAH

APM Beluru segera bersihkan pokok tumbang halang laluan sungai

Utusan Sarawak 4 days ago
TANGGUNGJAWAB… Anggota APM Daerah Beluru menjalankan kerja pembersihan pokok tumbang yang menghalang laluan sungai ke Kampung Sungai Nat Ulu Teru.

BELURU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beluru bertindak pantas ke lokasi kejadian sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan sungai menuju ke Kampung Sungai Nat Ulu Teru, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.32 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota APM ke lokasi.

“Operasi diketuai oleh Pbt. (PA) Sylvia Empiang Tunkai bersama dua anggota lain dari Skuad Bravo APM Beluru. Setibanya di lokasi, mereka mendapati sebatang pokok besar telah tumbang dan menghalang laluan sungai ke kampung tersebut,” jelasnya.

Pasukan APM kemudiannya menjalankan kerja pemotongan dan pembersihan pokok sehingga laluan sungai kembali selamat digunakan oleh penduduk setempat.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Limpahan sungai besar, hujan lebat jejas lima lokasi di Telang Usan
Next: NSJA anjur program ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ di Pantai Brighton 12 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.