Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Robert Lau gesa pembangunan pesisir barat Bawang Assan dipercepat
  • Tengah
  • WILAYAH

Robert Lau gesa pembangunan pesisir barat Bawang Assan dipercepat

Utusan Sarawak 4 days ago
UNTUK ALBUM… Senator Robert Lau (duduk, empat dari kanan) merakam kenangan bersama para tetamu dan penganjur selepas majlis jamuan dan penyampaian anugerah di SJK (C) Ung Nang.

SIBU: Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau menegaskan keperluan memberi perhatian serius terhadap pembangunan kawasan pesisir barat Bawang Assan, yang disifatkan berpotensi besar dalam sektor pertanian moden.

Beliau berkata, kawasan tersebut wajar diberi tumpuan agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dan dapat menikmati pembangunan yang seimbang dengan kawasan bandar.

“Saya percaya kawasan pesisir barat ini mempunyai sumber tanah yang luas dan subur. Jika dibangunkan secara serius melalui pertanian moden, ia mempunyai potensi amat besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Jamuan Perayaan Kuih Bulan serta Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM sempena Program Jiwa@Komuniti MADANI di SJK (C) Ung Nang, di sini, baru-baru ini.

Robert berkata, antara cabaran utama pembangunan pertanian di kawasan itu ialah masalah banjir yang sering menjejaskan hasil tanaman. Namun begitu, kerajaan sedang berusaha mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi isu tersebut.

TAHNIAH… Para penerima Anugerah Kecemerlangan SPM bergambar kenangan selepas majlis penyampaian anugerah sempena Program Jiwa@Komuniti MADANI.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemukakan pelan cadangan kawalan banjir kepada kerajaan Persekutuan. Saya sendiri telah membangkitkan isu ini dalam sesi Dewan Negara baru-baru ini.

“Saya akan terus meneliti dan memantau perkembangan pelaksanaan projek ini agar dapat memberi manfaat kepada penduduk tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan petani di Bawang Assan agar mengusahakan pertanian bernilai tinggi bagi menjana pendapatan yang lebih baik.

Sebagai contoh, beliau menyebut tanaman limau bali (pomelo) yang terkenal di kawasan itu dan mempunyai nilai pasaran tinggi, sekali gus berpotensi dijadikan industri khas yang melambangkan identiti tempatan.

Robert turut menegaskan komitmennya dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Negara.

“Sama ada dalam bidang pendidikan, pertanian mahupun hak sejarah, kejayaan hanya dapat dicapai melalui perpaduan dan kerjasama semua pihak.

“Begitu juga dengan pembangunan di Bawang Assan, ia hanya akan berjaya jika kita berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan,” ujarnya.

Pada majlis itu, seramai 37 pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan SPM menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kevin Lau Kor Jie atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program berkenaan.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: George Lam urges DBKU to act on bird infestation at Sungai Maong Wet Market
Next: Majlis Tilawah Limbang tonjol kekuatan rohani dalam masyarakat majmuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.