Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kelestarian geodiversiti penting untuk pembangunan mapan
  • TEMPATAN

Kelestarian geodiversiti penting untuk pembangunan mapan

Utusan Sarawak 1 day ago
GEOFORUM 2025…Pengarah Hutan Sarawak yang juga Pengurus Sarawak Delta Geopark, Datu Hamden Mohammad (tengah) bersama tetamu kehormat dan penceramah bergambar kenangan sempena Geoforum: Borneo’s Cradle of Origin bersempena Sambutan Hari Geodiversiti Antarabangsa 2025, di Hotel Raia Kuching, hari ini.
 

KUCHING: Kepelbagaian geologi yang menjadi asas kepada kehidupan manusia perlu terus dipelihara dan dimanfaatkan secara lestari bagi menjamin pembangunan seimbang dan masa depan yang mampan, tegas Pengarah Hutan Sarawak merangkap Pengurus Sarawak Delta Geopark, Datu Hamden Mohammad.

Menurutnya, setiap landskap, batuan dan fosil menyimpan kisah serta nilai tersendiri yang dapat membantu manusia memahami perubahan iklim dan merancang masa depan secara berhemah.

“Setiap bentuk muka bumi ibarat buku sejarah berusia lebih empat bilion tahun. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu tentang alam yang boleh dimanfaatkan dalam pembangunan tanpa mengabaikan kelestarian,” katanya.

Hamden turut menyifatkan tahun INI sebagai detik bersejarah apabila Sarawak Delta Geopark meraikan Hari Geodiversiti Antarabangsa buat julung kali sebagai geopark kebangsaan, selepas menerima Green Card (ACCEPTED) daripada UNESCO Global Geoparks Council di Chile pada September lalu.

SOKONGAN PADU…Para peserta dan penceramah forum merakamkan gambar kenangan bersama sempena Geoforum: Borneo’s Cradle of Origin, bersempena Sambutan Hari Geodiversiti Antarabangsa 2025 yang diadakan di Hotel Raia Kuching, hari ini.

“Ini bermakna kita selangkah lagi menuju pengiktirafan rasmi sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) yang dijangka diumumkan pada Mei 2026.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Geoforum: Borneo’s Cradle of Origin sempena Sambutan Hari Geodiversiti Antarabangsa 2025, bertemakan “One Earth, Many Stories”, di Hotel Raia, Kuching, hari ini.

Menurut Hamden, pengiktirafan antarabangsa itu bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada usaha berterusan dalam memperkukuh pembangunan mampan, sekali gus memberi impak positif kepada sosioekonomi rakyat, selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Sepanjang Oktober ini, pelbagai program diadakan sempena sambutan Hari Geodiversiti Antarabangsa, antaranya Jelajah Geologi bersama Sekolah Geopark (8 dan 25 Oktober), Gotong-Royong Tapak Warisan Geologi Syis Tuang, Semeba (18 Oktober) serta Penanaman Pokok bersama Komuniti Kampung Sadir, Padawan (19 Oktober).

“Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya memulihara geodiversiti, tetapi juga memperkukuh peranan komuniti sebagai rakan geopark yang aktif dan bertanggungjawab.”

Hamden turut menggesa rakyat Sarawak agar menghargai warisan geologi yang unik di negeri ini.

“Kita mahu setiap rakyat Sarawak berbangga dengan warisan geologi yang kita miliki dan bersama-sama menjaganya untuk generasi akan datang,” tegasnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap calls for more study before increasing lorry weight limits
Next: KEMAS terus jadi tulang belakang pembangunan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.