Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sarikei musnahkan sarang tebuan di Kampung Selalang
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Sarikei musnahkan sarang tebuan di Kampung Selalang

Utusan Sarawak 3 days ago
DIMUSNAHKAN….Anggota bomba memusnahkan sarang tebuan pada malam tadi. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan operasi khas memusnahkan sarang tebuan di sebuah kediaman di Kampung Selalang, malam tadi.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.44 malam.

“Tiga anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi di Jalan Masjid Baru, Kampung Selalang, selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sarang tebuan terbabit berada di sebatang pokok di luar rumah pengadu.

“Sarang dimusnahkan menggunakan peralatan khas dan gas LPG. Keseluruhan operasi mengambil masa lebih kurang 28 minit dan selesai sepenuhnya pada 9.50 malam,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak cuba memusnahkan sarang tebuan sendiri dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya mengesan kehadiran sarang yang berisiko.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendedahan keselamatan air tarik 30 peserta ke Air Terjun Wong Kuji
Next: George Lam urges DBKU to act on bird infestation at Sungai Maong Wet Market

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.