Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Takaichi dipilih ketuai LDP, buka laluan jadi PM wanita pertama Jepun
  • GLOBAL

Takaichi dipilih ketuai LDP, buka laluan jadi PM wanita pertama Jepun

Utusan Sarawak 21 hours ago
SANAE Takaichi, pemimpin baru Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun, bergambar di pejabat ketua parti selepas pemilihan kepimpinan LDP di Tokyo pada 4 Oktober 2025. Konservatif Sanae Takaichi mengisytiharkan ‘era baharu’ pada 4 Oktober selepas memenangi kepimpinan parti pemerintah Jepun, sekali gus berpeluang menjadi wanita pertama yang memegang jawatan perdana menteri negara itu. Foto AFP

TOKYO: Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Sanae Takaichi pada Sabtu membuka laluan untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun selepas memenangi pemilihan presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam pusingan penentuan, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menggantikan Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang berundur, Takaichi, 64, turut menjadi wanita pertama menyandang jawatan tertinggi parti pemerintah itu. Pendirian agresif beliau dalam diplomasi dan keselamatan dijangka mencetuskan pergeseran baharu dengan negara jiran Asia seperti China dan Korea Selatan.

Takaichi memperoleh 185 undi dalam pusingan penentuan berbanding 156 undi yang diraih Menteri Pertanian Shinjiro Koizumi. Dalam pusingan pertama, lima calon termasuk Takaichi, Koizumi dan Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi dilihat sebagai pesaing utama.

Pemilihan kepimpinan itu berlangsung di tengah-tengah ketidaktentuan politik yang semakin meningkat selepas gabungan dengan sekutunya, parti Komeito, kehilangan majoriti dalam kedua-dua dewan dalam parlimen – keadaan pertama seumpamanya sejak LDP ditubuhkan pada 1955.

“LDP menandakan era baharu,” kata Takaichi, yang dikenali sebagai ahli politik konservatif tegar, kepada rakan-rakan ahli Parlimen selepas dipilih. Beliau berikrar parti yang hampir 70 tahun memegang kuasa itu akan menukar “kebimbangan rakyat kepada harapan.”

Takaichi berkongsi pandangan dengan bekas perdana menteri mendiang Shinzo Abe yang mengekalkan pendirian nasionalis. Lawatan berkala beliau ke kuil Yasukuni yang dikaitkan dengan perang dan penuh kontroversi sering mengundang kritikan keras dari Beijing dan Seoul.

Pada sidang media pertamanya sebagai ketua LDP hanya beberapa jam selepas pemilihan, Takaichi tidak menyatakan komitmen untuk terus melawat Yasukuni, sebaliknya berkata beliau akan membuat keputusan “sewajarnya,” sebagai langkah yang mengambil kira sensitiviti China dan Korea Selatan.

Beliau menegaskan upacara keagamaan di kuil berkenaan di Tokyo “tidak seharusnya dijadikan isu diplomatik.”

Mengenai rangka kerja gabungan, Takaichi berkata persetujuan dasar diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan parti baharu, sambil menyeru kerjasama pihak pembangkang bagi segera merangka langkah-langkah berkesan menangani inflasi yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Ditanya mengenai potensi barisan kepimpinan LDP, Takaichi membayangkan beliau akan melantik empat calon dalam pemilihan presiden parti itu sebagai menteri utama atau pegawai kanan parti.

Takaichi berkata beliau percaya tiada sebarang masalah untuk melantik ahli parlimen LDP yang terbabit dalam skandal dana politik ke jawatan Kabinet atau parti.

Tempoh perkhidmatannya adalah selama dua tahun hingga September 2027, melengkapkan baki penggal asal Ishiba selama tiga tahun selepas beliau berundur.

Beliau dijangka dipilih sebagai perdana menteri seterusnya pada sidang parlimen khas sekitar 15 Okt, memandangkan gabungan minoriti itu masih kekal sebagai blok terbesar dengan parti pembangkang masih berpecah.

Takaichi juga menyatakan kesediaan untuk meningkatkan penerbitan bon kerajaan bagi membiayai langkah merangsang pertumbuhan ekonomi.

Beliau juga berhasrat untuk mengetatkan tapisan pelaburan asing bagi melindungi keselamatan ekonomi, selain memperkenalkan peraturan lebih ketat terhadap pelanggaran visa serta pembelian tanah oleh warga asing bukan pemastautin.

Dasar berkaitan warga asing menarik perhatian umum dalam pilihan raya Dewan Kaunselor pada 20 Julai lalu, yang menyaksikan peningkatan sokongan kepada parti pembangkang dengan slogan “Japanese First.”

Takaichi turut berdepan cabaran peribadi. Beliau menjaga suaminya yang lumpuh di bahagian kanan akibat strok, selain berkongsi pengalamannya sendiri gagal mengesan simptom menopaus hingga tidak merawatanya yang menyebabkan artritis reumatoid dan akhirnya memerlukan sendi tiruan.

-BERNAMA-KYODO

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.0 landa berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun
Next: Versi beta awal ‘Grokipedia’ – ensiklopedia baharu ganti Wikipedia, bakal dilancarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.