
HONG KONG: Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan kawasan berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada 1521 GMT Sabtu, lapor Xinhua memetik Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu pada mulanya ditentukan berada pada latitud 37.37 darjah utara dan longitud 141.78 darjah timur.
-BERNAMA-XINHUA