Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal lonjak ke puncak liga
  • SUKAN

Arsenal lonjak ke puncak liga

Utusan Sarawak 3 days ago

LONDON: Arsenal melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan West Ham United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, lewat malam tadi.

Perlawanan yang juga menandakan aksi ke-300 Mikel Arteta selaku pengendali The Gunners itu dihiasi jaringan bekas pemain West Ham, Declan Rice pada minit ke-38, hasil rembatan susulan yang menewaskan benteng lawan.

Dominasi Arsenal terus membuahkan hasil pada minit ke-67 apabila Bukayo Saka menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus memastikan tiga mata penuh buat tuan rumah.

Kemenangan itu melengkapkan minggu cemerlang Arsenal selepas mencipta kebangkitan dramatik menewaskan Newcastle United hujung minggu lalu, diikuti kejayaan menundukkan Olympiakos dalam saingan Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Selepas tujuh perlawanan, Arsenal kini mengumpul 16 mata, untuk mengetuai carta.

West Ham pula terus bergelut di tangga kedua tercorot liga dengan hanya empat mata. -AGENSI

Continue Reading

Previous: Mount, Sesko bawa kemenangan United
Next: Liverpool alami kekalahan ketiga berturut-turut 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.