Sarawak kuasai tenpin boling individu, raih dua emas di SOPMA 2025

Facebook
WhatsApp
BOLING… Agan Ballang Kapong (tengah) dari Sarawak meraikan kejayaan selepas memenangi pingat emas dalam acara individu lelaki tenpin boling pada SOPMA Ke-22 di Megalanes E-Mart, Batu Kawa, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Sarawak menguasai acara tenpin boling individu apabila meraih dua pingat emas pada Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 Sarawak 2025 di Megalanes E-Mart, Batu Kawa, hari ini.

Bagi acara individu lelaki, Agan Ballang Kapong menghadiahkan emas buat kontinjen tuan rumah selepas mengetepikan cabaran Syabil Azam Syamsul dari Wilayah Persekutuan yang meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Muhammad Firdaus Ahmad dari Pulau Pinang.

BOLING… Sia Chew Ing (tengah) dari Sarawak berjaya menghadiahkan pingat emas kedua menerusi acara individu wanita tenpin boling pada SOPMA Ke-22, hari ini. Foto Adele Rissa

Sementara itu, Sia Chew Ing memastikan emas kedua Sarawak apabila muncul juara dalam acara individu wanita. Irene L Gubud dari Sabah meraih perak, manakala gangsa disandang Nursyafiqah Ibrahim dari Wilayah Persekutuan.

BOLING… Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah (tengah) bergambar bersama pemenang kontinjen Sarawak selepas majlis penyampaian pingat acara tenpin boling SOPMA Ke-22 Sarawak 2025 di Megalanes E-Mart, Batu Kawa, hari ini. Foto Adele Rissa

Majlis penyampaian pingat disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Oleh Adele Rissa