Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wisma Putra: 23 rakyat Malaysia ditahan dalam flotila ke Gaza selamat, akan dihantar pulang
  • SEMASA

Wisma Putra: 23 rakyat Malaysia ditahan dalam flotila ke Gaza selamat, akan dihantar pulang

Utusan Sarawak 7 days ago
PETUGAS media giat melihat siaran langsung Kamera Litar Tertutup (CCTV) pelayaran Misi Global Sumud Flotila (GSF) untuk mengemas status terkini maklumat rakyat Malaysia yang dipintas dan terputus hubungan ketika menuju ke Gaza di Sumud Nusantara Command Centre (SNCC). Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Luar memaklumkan bahawa semua 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel ketika menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) pada hari ini berada dalam keadaan selamat dan sihat serta akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Dalam satu kenyataan, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra berkata pihaknya akan memastikan mereka diberikan sokongan konsular dan bantuan sewajarnya bagi menjamin kepulangan selamat ke Malaysia.

Kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF, khususnya 23 rakyat Malaysia, yang ditahan Israel pada 2 Oktober.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah berhubung dengan beberapa pemimpin serta rakan sejawat negara sahabat termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata ia telah mengeluarkan arahan kepada Perwakilan Malaysia di rantau berkenaan, termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah, untuk mendapatkan kerjasama Kedutaan negara-negara ASEAN di Tel Aviv.

“Kerajaan Malaysia akan terus komited menjaga keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Penahanan peserta GSF adalah tidak sah, dan menuntut agar mereka dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera,” katanya.

Sehingga 3.39 petang Khamis, seramai 15 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu telah ditahan oleh pasukan Israel.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia, belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan Zionis yang berterusan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PRN Sabah: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri
Next: 23 sukarelawan Malaysia ditahan Israel, pasukan undang-undang siap sedia di Jordan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.